Mercedes-Benz tarik diri dari Formula E selepas musim 2022

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif Jerman, Mercedes-Benz mengesahkan penarikan diri daripada siri perlumbaan elektrik Formula E pada tahun 2022 bagi memfokuskan tumpuan kepada Formula One.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu kenyataan, Mercedes-Benz memaklumkan mereka tidak akan menyertai ABB FIA Formula E sebagai peserta dan pengeluar pada akhir musim ke-lapan, pada Ogos 2022.

Pengumuman ini dibuat tiga hari selepas pasukan Mercedes-EQ Formula E Team berjaya menduduki tangga pertama dalam kategori pengeluar dan pemandu, meskipun pelumba Nyck de Vries menghabiskan perlumbaan di tangga kelapan pada perlumbaan terakhir musim ini.

Selepas ini, Mercedes-Benz akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap sukan berprestij Formula One sebagai salah satu 'makmal' terpantas bagi membangunkan teknologi prestasi yang mampan.

Bajet yang disalurkan kepada sukan elektrik itu akan digunakan bagi pembangunkan kenderaan elektrik, di mana Mercedes akan mengaplikasikan apa yang dipelajari menerusi perlumbaan Formula E pada kereta produksi mereka.

Selain Mercedes-Benz, pengeluar Jerman Audi dan BMW juga turut mengumumkan penarikan diri daripada Formula E pada akhir tahun ini.

Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Ini kerana separuh kedua perlumbaan Formula E akan mengambil tempat di Jakarta, Indonesia di mana…
Sukan Bermotor
Kehadiran Taycan Turbo S ini akan menggantikan barisan kereta keselamatan sedia ada seperti BMW i8…