Mercedes-Benz tampil dengan tiga model konsep karavan Sprinter - ciri kawalan suara MBAC dipertontonkan

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya Mercedes-Benz berjaya menarik perhatian para pengunjung Caravan Salon bertempat di Dusseldorf, Jerman dengan menampilkan tiga buah konsep karavan menggunakan model Sprinter.

Konsep yang pertama digelar Concept Marco Polo yang hadir dengan ciri canggih 'Mercedes-Benz Advanced Control' atau MBAC. 

 


Ciri MBAC ini terdiri daripada modul kawalan suara yang membolehkan pengguna mengakses beberapa fungsi tetapan kenderaan seperti suspensi udara, lampu dan bumbung pop-up menerusi aplikasi telefon pintar.

Menurut Mercedes-Benz, konsep Marco Polo ini tidak akan memasuki fasa produksi, akan tetapi ciri MBAC ini akan ditawarkan pada Sprinter baharu menjelang tahun 2019.
 


Konsep yang kedua digelar Sprinter Connected Home yang dilengkapi dengan ciri-ciri karavan yang serba lengkap dan ia bakal memasuki fasa produksi dan menampilkan ciri canggih MBAC seperti yang ditawarkan pada V-Class. 
 


Manakala konsep yang ketiga pula merupakan Concept Sprinter F-Cell yang menggunakan teknologi pembakaran hidrogen yang telah diperkenalkan oleh Mercedes-Benz pada bulan lepas. 

Ia menggunakan sistem pacu kuasa yang mampu menghasilkan 197 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas, dengan keupayaan untuk beroperasi sejauh 300 km dan tambahan 200 km terima kasih kepada tangki tambahan yang dibekalkan. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, tidak semua RV ditampilkan dalam bentuk karavan besar atau rumah treler yang mahal.…