Mercedes-Benz T-Class 2023 - MPV premium guna platform Renault Kangoo

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat pada model van komersial Citan yang telah dilancarkan pada tahun lalu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Mercedes-Benz meluaskan lagi penawaran kenderaan kompak tersebut dengan pengenalan model T-Class yang jauh lebih premium, dan lebih berorientasikan penumpang yang sesuai dengan gaya hidup yang aktif.
 

T-Class


Dibina berdasarkan model Renault Kangoo, T-Class sememangnya membawakan rupa paras yang jauh lebih premium, rekaan luaran dan rim yang lebih mewah, serta penawaran warna yang berbeza berbanding model Citan.

T-Class boleh menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk, namun baris ketiga sebenarnya boleh dicabut untuk memaksimumkan ruang kargo, dibantu dengan rekaan lantai rendah yang mampu membantu memuatkan barangan yang lebih berat.

Untuk pasaran Eropah, T-Class 2023 boleh didapati dengan penawaran enjin empat silinder sebaris berkuasa turbo.
 

T-Class


Versi asas dikuasakan oleh nadi diesel 1.5 liter dengan dua output berbeza, iaitu 95 hp dan 116 hp, sementara versi petrol 1.3 liter pula turut didatangkan dengan dua output iaitu 102 hp dan 131 hp, dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan secara standard atau transmisi klac berkembar automatik tujuh kelajuan.

Antara kelengkapan standard T-Class 2023 termasuklah skrin sentuh tujuh inci dengan integrasi peranti pintar, roda stereng dengan butang fungsi, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem pendingin hawa dan juga sistem pencahayaan LED untuk ruang kabin.
 

T-Class


Ciri keselamatan yang ada pada T-Class termasuklah tujuh beg udara, bantuan angin lintang, bantuan mula mendaki, sistem pemantauan tumpuan pemandu, pemantauan tekanan tayar, bantuan brek aktif, pemantauan titik buta, diikuti dengan Driving Assistance Package, serta kawalan jelajah adaptif.

Di Eropah, Mercedes-Benz T-Class akan menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Citan Tourer, di mana ia akan memberikan saingan secara terus kepada model seperti Volkswagen Caddy, Ford Tourneo Connect dan Citroen Berlingo.

Difahamkan, versi elektrik sepenuhnya EQT juga bakal dilancarkan pada tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes-Benz EQT Concept (T-Class) merupakan sebuah minivan yang dikhususkan untuk membawa…