Mercedes-Benz sudah bersedia hadapi BMW dan Audi

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nampaknya Mercedes-Benz sudah bersedia untuk menghadapi pesaingnya, Audi dan BMW dengan mendedahkan “Mercedes-Benz Concept A-Saloon” di Shanghai Motor Show. [gallery size="full" columns="2" ids="28147,28145"] Mercedes-Benz A-class ini bakal ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan diesel empat-silinder, termasuk seperti sebelumnya dengan unit 2.0 liter pengecas turbo bersama 400 hp bagi varian A45 4Matic. Wajah hadapan jentera ini diberikan gril khas AMG GT Panamericana, bersama lampu utama berbentuk segi tiga yang nampak agak garang dan lebih ganas! [gallery columns="2" size="full" ids="28144,28143"] [gallery columns="2" size="full" ids="28141,28140"] Bahagian belakang pula nampak seperti Mercedes-Benz CLA, tapi dengan garis yang lebih tajam dan kemas. Versi pengeluaran ditetapkan untuk sampai ke United Kingdom (UK) pada akhir tahun 2018. Sumber dan gambar diambil dari www.autocar.co.uk [gallery size="full" ids="28147,28142,28148"] Oleh:Nurdiana Ismadi