Mercedes-Benz SLS AMG Electric Drive untuk disambar - RM5.2 juta sahaja!!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira lapan tahun yang lalu, Mercedes-Benz nengejutkan dunia dengan memperkenalkan sebuah supercar pertama yang hadir dengan trenkuasa elektrik, iaitu SLS AMG Electric Drive.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, seperti masa pengecasan dan harga yang agak mahal, Mercedes hanya berjaya menghasilkan sembilan unit sahaja SLS AMG Electric Drive menjadikannya satu supercar yang sangat sukar untuk didapati.

 


Salah satu daripada sembilan unit tersebut kini boleh didapati menerusi RM Sotheby's dan harga yang diminta nampaknya lebih mahal berbanding harga asal.

Bayangkan keluar dari kilang, anda hanya perlu berbelanja sebanyak €416,000 (RM2.07 juta), versi terpakai dengan jarak perbatuan 3,800 km ini memerlukan anda mengeluarkan wang lebih daripada RM5.2 juta (harga yang diminta €1,050,000)!

 


Spesifikasi yang ditawarkan pada ketika itu juga cukup mengkagumkan - empat motor elektrik (satu untuk setiap roda) berupaya menghasilkan output keseluruhan 740 kuasa kuda dan daya kilas 1,000 Nm.

Dengan berat sekitar 2,165 kg (549 kg lebih berat berbanding SLS AMG GT, SLS AMG Electric Drive ini masih lagi mampu memecut sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

 


Pek bateri berkapasiti 60 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 250 km (data NEDC) dan sistem seberat 548 kg ini merupakan hasil kerjasama antara Mercedes-AMG dan Mercedes AMG High Performance Powertrains Ltd.

Menurut informasi daripada RM Sotheby's, SLS AMG Electric Drive ini pada asalnya dihantar ke Switzerland sebelum berpindah ke Netherlands, dan kali terakhir jentera ini diservis adalah pada tahun 2018.