Mercedes-Benz SL 320 Mille Miglia, SLS AMG GT Final Edition untuk direbut!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda merupakan seorang yang meminati rekaan klasik Mercedes-Benz, selain pengikut tegar nadi pantas aspirasi natural, dua buah model 'rare' ini mungkin sesuai untuk anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi perkhidmatan eksklusif All Time Stars, Mercedes-Benz menawarkan kepada anda dua buah model edisi terhad, iaitu SL Mille Miglia Edition serta sebuah SLS AMG GT Final Edition. 
 


SL Mille Miglia Edition diperkenalkan oleh Mercedes-Benz pada tahun 1995 sebagai memperingati ulang tahun yang ke-40 kemenangan Stirling Moss di dalam perlumbaan Mille Mignia di Itali. 

Unit yang ada pada Mercedes-Benz ini merupakan varian SL 320 Mille Miglia daripada 12 unit yang dihasilkan oleh Mercedes-Benz dan hadir dengan enjin enam silinder sebaris M112 3.2 liter menghasilkan 228 kuasa kuda.

Harganya pula bermula dari EUR66,890 (RM306,329). 

 


Manakala sebuah lagi jentera yang ditawarkan adalah SLS AMG GT Final Edition yang mampu mengeringkan kira-kira EUR445,890 (RM2.04 juta) dari akaun bank anda. 

Ini merupakan unit terakhir daripada 350 buah produksi SLS coupe dan Roadster daripada AMG dan menandakan berakhirnya produksi enjin V8 aspirasi natural daripada Mercedes-Benz. 
 


SLS AMG GT Final Edition dikuasakan oleh nadi M159 V8 6.2 liter yang mampu menjana 583 kuasa kuda dan 649 Nm daya kilas sebelum nadi V8 turbo berkembar mengambil alih peranannya di dalam model pengganti AMG GT. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, berdasarkan kondisi yang masih lagi cemerlang macam baru keluar kilang, adalah tidak…
Gaya Hidup
Pengasas Gentlemen's Drive  telah memberikan kepercayaan kepada Encik Zaidi Masri (jd.doplohtiga)…
Berita Global
Menurut bos Polo Storico Paolo Gabrielli ketika ditemubual CAN Luxury menjelaskan, "Kenderaan yang…