Mercedes-Benz sambut 38 perantis tamat pengajian dari program Advanced Modern Apprenticeship

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan kejayaan pengijazahan 38 perantis berbakat dari program Advanced Modern Apprenticeship (AMA).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sambutan itu turut mengalu-alukan kohort baharu merangkumi 42 perantis untuk tahun 2023 bagi tempoh pengajian selama 3 tahun.

Pencapaian itu sekaligus menonjolkan dedikasi Mercedes-Benz untuk memperkasa dan memupuk generasi akan datang dalam industri automotif.

Sepanjang tempoh tiga tahun, kumpulan graduan seramai 38 perantis itu telah menjalani latihan yang ketat, selaras dengan pensijilan mereka sebagai juruteknik Mercedes-Benz yang diiktiraf di peringkat global.

Ianya membantu melahirkan profesional baharu yang bersedia untuk menyertai Rangkaian Runcit Mercedes-Benz Malaysia, yang kini memiliki lebih 1,000 kakitangan perkhidmatan.

 

2

 

Di samping itu, para graduan akan ditawarkan peluang pekerjaan dalam Rangkaian Perkhidmatan Mercedes-Benz untuk empat tahun berikutnya.

Salah seorang dari 38 perantis, iaitu Fakharuddin bin Abu Hanipah telah dipilih sebagai perantis terbaik, di mana Fakharuddin telah memenuhi kriteria yang diperlukan seperti Ketepatan masa, Kecekapan Kerja, Penggunaan Alat yang betul, Pengetahuan, Kesedaran Keselamatan, Tingkah Laku, Kemahiran Interpersonal, Sikap Kerja dan Tanggungjawab.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Cars Malaysia, Amanda Zhang berkata, “Di Mercedes-Benz, kami percaya pada perkembangan berterusan individu, melatih mereka untuk berdikari dan didorong untuk mencapai kesempurnaan.”

“Matlamat kami adalah untuk memupuk anak muda Malaysia, melengkapkan mereka dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk cemerlang dalam industri automotif sambil memastikan kerjaya mereka kekal sebagai bukti masa depan.”

“Melalui program ini, kami membina tenaga kerja mahir yang berdedikasi untuk memberikan pengalaman pelanggan dan kualiti kenderaan yang terbaik. Pendidikan adalah teras kepada komitmen kami untuk kecemerlangan.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia tidak terlibat dalam peruncitan kepada pengguna akhir dan bukan pihak dalam…
Model Terbaharu
Empat varian EQE baharu tersebut adalah;   SEDAN Mercedes-Benz EQE 350+ Electric Art Line…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…