Mercedes-Benz sahkan kehadiran model "Little G", saiz lebih kecil daripada G-wagen

oleh Mohamad Hanif|
Sudah pasti ramai yang kenal dengan SUV kotak G-wagen yang kerap menjadi dambaan dan idaman setiap insan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tahukah anda Mercedes-Benz juga kini sedang membangunkan sebuah SUV rekaan berkotak, namun dalam saiz dan dimensi yang lebih kecil daripada G-Wagen.

Model g-Class (atau Little G) itu didedahkan sewaktu acara pengenalan model Concept CLA-Class bertempat di IAA Munich 2023 baru-baru ini.
 

g-class


Menurut CEO-nya, Ola Källenius menyifatkan tugas itu bukan mudah, memandangkan model baharu itu bakal mempunyai peranan besar yang perlu diisi.

Namun begitu, beliau menambah model kecil G-Wagen itu lebih mudah untuk dikenali selain menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan baik di atas jalan mahupun di laluan off-road.

 

bukan g-Class, tapi kit badan Little G dihasilkan oleh DAMD untuk Jimny


Akhbar Jerman Handesblatt sebelum ini pernah melaporkan tentang kehadiran model G-Class yang lebih kecil pada bulan Februari yang lalu, di mana ia akan mula dijual pada tahun 2026 dan berkongsi platform MMA yang sama digunakan pada Concept CLA-Class.

Ini bermakna, tidak seperti model asal G-Class yang menggunakan casis ladder-frame, g-Class serba baharu itu dijangka akan menggunakan casis unibodi.

Laporan itu turut menambah, model Little G ini akan turut ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman, dan tidak terhad kepada versi elektrik semata-mata.

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-…
Berita Global
Selain dikenali dengan imej mewah, Mercedes-Benz G-Class pada asalnya dibangunkan sebagai kenderaan…
Berita Global
Mercedes-Benz EQG   SUV off-road ikonik G-Class (atau Gelandewagen) kini dijelmakan semula…