Mercedes-Benz S-Class bakal miliki ciri beg udara untuk penumpang belakang - pertama di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz telah mengesahkan bahawa generasi baharu sedan S-Class bakal memiliki ciri keselamatan yang pertama di dunia di mana penumpang baris kedua kini didatangkan dengan beg udara tersendiri.
Modenas

Menurut Mercedes, beg udara baris kedua ini direka untuk melindungi para penumpang di belakang sekiranya berlaku pelanggaran hadapan.

Beg udara belakang ini akan dipasang pada bahagian belakang kerusi hadapan dan akan meletus sekiranya penderia mengesan pelanggaran.

Antara ciri menarik yang ada pada beg udara ini adalah rekaan berbentuk U yang boleh bertindak seakan sarung tangan di dalam permainan besbol membolehkan ia 'menangkap' kepala penumpang bagi mengelakkan dan mengurangkan kecederaan di dalam insiden kemalangan.

 


Tambah Mercedes lagi, dengan konsep yang sedikit berbeza berbanding beg udara hadapan, beg udara belakang ini dilihat mampu beradaptasi dengan penggunaan tempat duduk kanak-kanak (CRS), serta teknologi tali pinggang keledar boleh mengembung bagi menetapkan satu aras baharu buat keselamatan para penumpang belakang.

Perincian lanjut hanya akan didedahkan dalam masa terdekat, manakala Mercedes-Benz S-Class generasi baharu pula akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September nanti.

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia merupakan varian G-Class yang lebih mampu milik selepas pelancaran versi AMG dua tahun yang lalu…
Pelancaran
Dari segi dimensi, GLB-Class duduk ditengah-tengah antara penawaran GLA-Class dan GLC-Class, dan…
Berita Global
Terbaharu, Daimler diberitakan telah kehilangan tuntutan kes paten teknologi mudah alih buat kali…