Mercedes-Benz mungkin hentikan produksi trak pikap premium X-Class

oleh Mohamad Hanif|
Sudah menjadi adat perniagaan di mana prestasi jualan ada kalanya menaik dan ada kalanya mampu memeningkan kepala memikirkannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Begitu juga nasib yang melanda Mercedes-Benz apabila trak pikap X-Class dilaporkan akan dihentikan produksinya oleh Daimler bagi mengurangkan kerugian kepada syarikat. 
 


Mercedes-Benz X-Class merupakan cubaan Mercedes menceburkan diri di dalam dunia trak pikap melihatkan kepada kenaikan trend pemilikan trak pikap di seluruh dunia.

Trak pikap yang menggunakan asas Nissan Navara itu diperkenalkan pada tahun 2017, namun hasil jualannya tidak begitu memberangsangkan, sekitar 16,700 unit sahaja di Eropah, Australia dan Afrika Selatan pada tahun lalu. 
 


Antara punca, sebab dan masalah X-Class di dalam mencapai sasaran jualan ialah trak pikap tersebut dijual pada harga yang terlalu tinggi, iaitu bermula dari €37,294 (RM171,810) di Eropah. 

Selain daripada itu, terdapat beberapa laporan yang menyebut X-Class turut dipanggil semula atas beberapa sebab yang tidak sepatutnya berlaku pada sebuah trak pikap premium. 
 


Dengan percaturan di dalam segmen trak pikap premium tidak begitu menjadi, mungkin ada baiknya Mercedes-Benz kekal fokus pada barisan SUV sedia ada sahaja yang lebih menarik perhatian berbanding trak pikap premium.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…