Mercedes-Benz MB140 - asalnya dari Korea!

oleh HEZERI SAMSURI|
Modenas

Ramai terlupa bahawa Mercedes-Benz mempunyai cabang kenderaan komersil.

Trak treler Actros, van Sprinter dan paling baharu, trak pikap X-Class adalah hasil dari unit kenderaan komersil Mercedes-Benz.

Namun semasa awal-awal dahulu, Mercedes-Benz menggunakan cara yang berbeza untuk menembusi pasaran-pasaran baharu.

Ia menggunakan rakan teknikal yang mampu menghasilkan, memasang dan mengedar produk-produk komersil Mercedes-Benz dengan efektif.

 

 

Untuk pasaran Asia Pasifik, tugas itu diserahkan kepada SsangYong Motor Company di mana ia menghasilkan van Mercedes-Benz yang popular suatu ketika dahulu, MB140.

Model MB140 banyak digunakan di Malaysia sebagai van pelancong dalam awal era tahun 2000. Harga ketika baharu melebihi RM140,000, lebih mahal dari harga Toyota Hiace dan pesaing lain dari Jepun.

 

 

Mercedes-Benz MB140D menggunakan enjin 2.9L diesel 5-silinder tanpa turbo. Model MB140 petrol pula menggunakan enjin M111 2.3L petrol. Keduanya menggunakan transmisi manual 5-kelajuan.

MB140 datang dengan pintu gelungsur sisi, pendingin hawa belakang dan mempunyai pilihan kerusi yang boleh disusun untuk memuatkan sehingga 15 penumpang.

Ia juga ada varian SsangYong dan hanya dijual di Korea dengan nama SsangYong Istana.

 

 

Pada penghujung tahun 2004, Shanghai Huizhong Automotive Manufacturing Co. Ltd dari China telah membeli SsangYong dan ia telah menghasilkan varian facelift untuk MB140 dan dijual di China dan negara-negara Asia Pasifik.

Model MB140 kini diganti dengan model Mercedes-Benz Vito.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes-Benz memanggil semula kira-kira 12,799 unit SUV GLE dan GLS yang dilengkapi dengan bintang…
Berita Global
Model konsep EQC 4x4² yang menggunakan platform EQC400 4Matic ini menggunakan sistem pacuan dua…
Berita Global
Awal minggu lalu, Ketua Eksekutif Daimler berkata keluarga-keluarga kaya dari China mula membeli…