Mercedes-Benz, Matchbox hasilkan mainan jentera ralli 220SE, beri inspirasi terhadap kanak-kanak perempuan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selalunya apabila kita singgah di kedai mainan seperti Toys R Us atau stesen minyak, antara mainan yang terlintas di fikiran untuk dihadiahkan kepada anak lelaki adalah kereta mainan dan set pistol senapang. 

Manakala untuk anak perempuan pula sudah semestinya set anak patung dan set memasak. 

Ini merupakan antara permasalahan stereotaip jantina ini sebenarnya sudah pun bermula sejak mereka kecil lagi, melihatkan kepada cara pemasaran mainan itu sendiri. 

Untuk membuktikan bahawa kereta mainan juga sebenarnya sesuai untuk anak-anak perempuan, Mercedes-Benz telah bekerjasama dengan Mattel untuk mencipta satu permainan Matchbox yang mampu mengubah persepsi tersebut. 

 


Diecast Matchbox yang menjadi pilihan adalah Mercedes-Benz 220SE, iaitu jentera yang dipandu oleh pemenang perlumbaan ralli Argentina Grand Prix 1962, seorang wanita bernama Ewy Rosqvist.

Sudah tentu, untuk menukarkan minat kanak-kanak perempuan terhadap kereta mainan tidaklah semudah mencampakkan barangan tersebut dan mengharapkan mereka akan terus menunjukkan minat. 

Mercedes menggunakan sebuah rakaman video yang menunjukkan pelumba Ewy Rosqvist yang dipandang remeh ketika berlumba dan terdapat satu baris kata-kata dari beliau yang mengubah pandangan kanak-kanak perempuan tadi terhadap kereta mainan.

"Mereka kata saya tidak akan mampu tamatkan perlumbaan, jadi saya habiskan perlumbaan di tempat pertama!"

 


Mercedes-Benz mahupun Mattel tidak akan menghasilkan diecast ini di dalam unit terhad, jadi anda boleh bersabar menantikan kemunculannya di kedai-kedai tidak lama lagi. 

Baiknya hati Matchbox, mereka tidak akan mengambil keuntungan daripada penjualan diecast Mercedes-Benz 220SE ini, sebaliknya ia akan disalurkan kepada badan bukan berasaskan keuntungan untuk memberikan bahan pengajaran dan diecast percuma. 

Sumber: Autoblog