Mercedes-Benz Malaysia umum program jaminan terhad lanjutan, tawar perlindungan hingga RM250k

oleh Penyumbang Rencana 2|
Mercedes-Benz Services Malaysia dan Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini mengumumkan program jaminan terhad lanjutan untuk para pelanggan Mercedes-Benz di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program lanjutan jaminan ini bakal menambah nilai serta perlindungan menyeluruh, khususnya kepada kenderaan yang kini memasuki tahun pemilikan yang kelima dan keenam. 

Program unik ini menawarkan pelan Essential atau Comprehensive dengan tahap fleksibiliti penuh untuk tempoh selama satu atau dua tahun dengan jumlah perlindungan sehingga RM250,000 untuk setiap pelan. 
 

MB


Setiap komponen Mercedes-Benz Parts yang digantikan di bawah pelan ini akan dilindungi jaminan selama 24 bulan yang membolehkan pembaikan atau penggantian percuma di mana-mana jaringan pusat servis sah di seluruh negara. 

Program ini juga turut menawarkan perlindungan tanpa had perbatuan kepada kenderaan yang tidak melebihi 125,000 km sebelum bermulanya tahun kelima, dan 150,000 km sebelum bermulanya tahun keenam. 

Pakej Essential Coverage merangkumi komponen penting seperti sistem pendingin hawa, brek, enjin, pacuan roda depan, tingkap kuasa, stereng, pacuan roda belakang sebagai tambahan kepada sistem suspensi dan transmisi. 
 

MB


Sementara pakej Comprehensive Coverage pula menambah sembilan komponen ke atas pakej telah yang dirangkumi oleh Essential Coverage, termasuklah komponen keselamatan pasif dan aktif, topang airmatic, sistem audio, ECU, sistem pemantauan tekanan tayar, kluster instrumen, penderia, semua komponen unit kawalan dan elektrik, serta tambahan sistem hiburan belakang untuk sesetengah kenderaan Mercedes-Benz. 

Program Jaminan Terhad Lanjutan ini boleh dipilih semasa atau selepas pembelian kenderaan dibuat, baik untuk kenderaan baharu mahupun kenderaan pra-milik dalam tempoh empat tahun pertama selepas tarikh pendaftaran. 

Pelanggan yang menyertai program ini layak mendapat tuntutan sehingga RM125,000 (Essential) hingga RM150,000 (Comprehensive) untuk pelan individu, dan nilai RM200,000 (Essential) hingga RM250,000 untuk pelanggan yang membeli gabungan perlindungan tahun kelima dan keenam. 
 

MB


Program Waranti Terhad Lanjutan ini dijalankan oleh Mercedes-Benz Services Malaysia dan ditaja jamin oleh AXA Affin General Insurance Berhad. 

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web mb4.me/ELW

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…