Mercedes-Benz Malaysia umum kemaskini jaminan bateri hibrid E 300 BlueTEC dan S 400 h

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan kemas kini jaminan bagi bateri sistem hibrid untuk model Mercedes-Benz E 300 BlueTEC dan S 400 h. 

Untuk tambahan empat tahun daripada jaminan sedia ada, kedua-dua model yang disebutkan tadi akan menerima perlindungan 100% bagi kos pembaikan atau pengantian bateri hibrid sehingga lapan tahun atau 180,000 km yang mana terdahulu. 

Selain daripada itu, harga jualan bateri hibrid juga turut dikemaskini, bermula dari RM50,000 untuk model E 300 BlueTEC hybrid dan RM65,000 untuk model S 400 h. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Customer Care Centre di talian 1-800-88-1133 atau menerusi emel [email protected] dan laman web rasmi MBM di https://www.mercedes-benz.com.my