Mercedes-Benz Malaysia tawar kereta gantian menerusi program MobilityPlus

oleh Mohamad Hanif|

Mercedes-Benz Financial, sebuah jenama yang bernaung di bawah Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan sebuah program baharu digelar sebagai MobilityPlus

MobilityPlus merupakan sebuah program penggantian kenderaan khusus buat para pelanggan yang memilih untuk membiayai atau menyewa dengan Mercedes-Benz Financial. 

Ciri pertama seumpanya di dalam industri pembiayaan automotif ini membolehkan para pelanggan Mercedes-Benz untuk menikmati sebuah kenderaan gantian sekiranya kereta peribadi dihantar untuk servis rutin dan juga tuntutan jaminan yang melebihi tempoh 48 jam. 

Untuk ketenangan minda, para pelanggan juga boleh memilih poin untuk mengambil dan memulangkan semula kereta gantian. 
 


Notifikasi berkenaan penggantian kenderaan ini akan diberikan kepada pelanggan yang layak dalam tempoh 24 jam oleh Pusat Servis Mercedes-Benz yang bertauliah. 

Selain penawaran yang meluas termasuklah di Langkawi dan Labuan, para pelanggan juga boleh menikmati penggunaan kereta gantian sehingga 20 hari dalam tempoh setahun tanpa kos tambahan. 

Dengan pengenalan MobilityPlus, perkhidmatan Hire Purchase Classic Financing akan dijenamakan semula sebagai FinanceCare, manakala produk baharu [email protected] juga akan turut diperkenalkan memberikan solusi semua dalam satu dengan servis nilai tambahan seperti Tyre & Rims dan Comprehensive Insurance with Service & Maintenance

Ciri MobilityPlus ini akan disertakan sekali bersama-sama Agility Financing (kereta baharu) dan juga Young Star Agility Financing (kereta pra-milik), merangkumi tempoh dua tahun pertama untuk FinanceCare dan solusi Agility, dan mampu dilonjakkan sehingga empat tahun untuk produk sewa pajak bergantung kepada tempoh yang ditetapkan. 
 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mercedes-benz.com.my/mobilityplus atau talian khidmat pelanggan Mercedes-Benz di 1-800-88-1133.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini meraikan kira-kira 30 orang graduan yang berjaya…
Model Terbaharu
Selain daripada Mercedes-AMG GT 4 Door Coupe, Mercedes-Benz membawakan dua lagi model di bawah…
Berita Domestik
Selaku jenama premium nombor satu di Malaysia, Mercedes-Benz bekerja keras seawal permulaan tahun…