Mercedes-Benz Malaysia sumbang RM100k kepada program Little Legends

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pembaharuan kerjasamanya dengan Nicol David Organisation (NCO) untuk program Little Legends bagi meneruskan komitmennya untuk pendidikan dan kemampanan sebagai sebahagian daripada strategi kewarganegaraan korporatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia telah menyumbang sebanyak RM100,000 bagi membolehkan murid sekolah rendah terpilih daripada komuniti kurang berkemampuan untuk mengakses program skuasy dan bahasa Inggeris.

 

2

 

Sebagai salah satu rakan pengasas organisasi kepada program Little Legends, Mercedes- Benz bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran dan pemahaman tentang kemampanan di kalangan kanak-kanak dan menggalakkan mereka untuk menyumbang secara aktif ke arah melindungi planet untuk generasi akan datang.

Pembaharuan ini adalah selaras dengan strategi kewarganegaraan korporat baharu Mercedes-Benz Malaysia yang percaya pendidikan adalah kunci untuk masa depan yang lebih baik.

 

3

 

Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut menyaksikan 33 kanak-kanak dari program Little Legends berkunjung ke pejabat Mercedes-Benz Malaysia, di mana mereka didedahkan  dengan konsep mobiliti masa depan dan pemuliharaan alam sekitar.

33 orang kanak-kanak itu diberikan peluang untuk merasai pengalaman menaiki barisan model Mercedes-EQ yang dipandu oleh pekerja Mercedes-Benz Malaysia, menyediakan mereka dengan pengalaman pertama mereka dalam kenderaan elektrik.

 

4

 

Mercedes-Benz mengamalkan strategi perniagaan bersepadu yang mampan, dimana kemampanan berfungsi sebagai prinsip panduan syarikat dan nadi perniagaan mereka.

Menjajarkan kepada wawasan Mercedes-Benz's Ambition 2039, syarikat itu tetap berdedikasi untuk dengan memacu mobiliti mampan dan mengurangkan kesan alam sekitar.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…