Mercedes-Benz Malaysia, Petrosains anjur Virtual STEM Series

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia dengan kerjasama Petrosains telah melancarkan program Virtual STEM Series yang terdiri daripada dua bahagian - The Vision of an Electric Future dan Sustainable Mobility for Tomorrow.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada pelajar sekolah dan universiti dalam perancangan tenaga yang lebih bertanggungjawab ke arah kehidupan yang lebih selamat dan mampan.

Program Vision of an Electric Future akan menampilkan sesi penerangan pakar berhubung masa hadapan elektrik, teknologi, serta usaha untuk menangani perubahan iklim dan mencapai kehidupan yang lebih lestari.

Sementara bahagian kedua program Sustainable Mobility for Tomorrow juga akan melibatkan sesi perkongsian, diikuti dengan sesi Petrosains e-Design Thinking Process, serta sesi pembentangan idea menerusi penghasilan prototaip.
 

Mercedes-


Virtual STEM Series ini telah pun bermula pada 15 Februari, diikuti sesi mentor antara 18 dan 25 Februari, dan sesi graduasi pada 4 Mac (Khamis).

Para peserta akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, di mana tiga kumpulan pemenang akan dipilih daripada kategori sekolah menengah (100 peserta) dan lima kumpulan daripada kategori pengajian tinggi (50 peserta).

Setiap pemenang akan menerima plak serta sijil penyertaan digital, sementara pemenang dalam kategori tertiari akan mendapat peluang latihan selama enam bulan bersama Mercedes-Benz Malaysia.

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…