Mercedes-Benz Malaysia melancarkan 4 varian S-Class terbaharu

oleh SALINA JALIL|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini merangkap sejarah apabila memperkenalkan keluarga terbaharu S-Class yang didatangkan dengan empat varian terkini.

Empat varian tersebut adalah S-Class Limousine, S-Class Cabriolet, S-Coupe dan S-Class Maybach. Perkara pertama dilihat adalah di bahagian hadapan iaitu gril setiap varian berbeza dan setiap varian adalah eksklusif, premium dan tersendiri.

Mark Raine selaku Timbalan Presiden Bahagian Jualan dan Pasaran berkata S-Class diklasifikasikan sebagai kemewahan yang sebenar yang didatangkan dengan empat varian yang berbeza mengikut kepelbagaian kepentingan dan keperluan. Dengan pelancaran yang serba eksklusif ini, yang membawa tema 'Puncak Kemewahan' (Pinnacle of Luxury) untuk mengekalkan kedudukan Mercedes-Benz Malaysia sebagai jenama gaya hidup mewah dalam segmen automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

1. Mercedes-Benz S-Class Limousine (S 450 L) - harga bermula dari RM699,888*


   Enjin - 2996cc dengan transmisi 9G-tronic
   H/P - 367 h/p
   Tork - 500 Nm
   0-100km/j - 5.4 saat
   Kelajuan maksima - 250 km/j
   Penggunaan bahan api - 8.41/100km

 

S450L

 

Model ini dikatakan sebuah kenderaan yang bercirikan kemewahan dan moden serta penanda aras dari segi kecekapan dan keselesaan. Juga didatangkan dengan tiga obor cahaya untuk memberikan ciri reka bentuk luaran yang eksklusif. Dari segi kabin dalaman pula ia didatangkan dengan konsep kawalan dan paparan skrin lebar dan rim aloi baharu. Kabin dalaman juga mempunyai lampu LED pencahayaan suasana (lighting atmosphere) dengan 64 warna serta sistem audio dari Burmester.
 

 

2. Mercedes-Benz S-Class Cabriolet (Mercedes-Benz S 560 Cabriolet) - harga bermula dari RM1,310,662.21*


   Enjin - 3982cc, V8
   H/P - 469 h/p
   Tork - 700 Nm
   0-100km/j - 4.6 saat
   Kelajuan maksima - 250 km/j
   Penggunaan bahan api - 10.3-10.01/100km

 

cabriolet side

 

 

Direka untuk mereka yang sukakan bentuk yang elegan serta glamor dengan sedikit sentuhan klasik. Ia dikatakan sebuah kereta yang diimpikan. Salah satu ciri baharu ialah lampu belakang jenis OLED (organic light emitting diode) di mana teknologi yang menggunakan bahan organik dalam bentuk wafer dicetak di permukaan kaca dan akan bercahaya. Di dalam lampu belakang Cabriolet ini terdapat 66 OLED yang terapung dan menghasilkan cahaya yang unik dan berbeza pada hari siang dan malam. Terdapat beberapa elemen mewah yang lain yang disesuaikan untuk model yang ranggi ini.
 

 

3. Mercedes-Benz S-Class Coupe (Mercedes-AMG S63 Coupe) - harga bermula dari RM1,461,605.60*


   Enjin - 3982cc, V8 biturbo dengan transmisi AMG Speedshift MCT 9G
   H/P - 612 h/p
   Tork - 900 Nm
   0-100km/j - 4.2 saat
   Kelajuan maksima - 250 km/j atau 300 km/j dengan pakej AMG
   Penggunaan bahan api - 10.11/100km

 

S-Class Coupe

 

Dengan reka bentuk yang sememangnya sporti ia dikatakan sebuah kereta prestasi untuk pemandu elit. Di bahagian hadapan adalah gril 'Panamaricana' beserta sayap jet baru. Bahagian enjin pula dikatakan ia sebuah produk terbaik yang dihasilkan. Untuk impak yang maksimum, S63 Coupe ini diberikan 'AMG Cylinder Management', iaitu sistem pengawal silinder di mana sekiranya pemandu memandu menggunakan mod 'comfort', sistem ini akan mengawal kelajuan enjin untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Ia juga didatangkan dengan sistem gantungan (suspension) yang baharu.

Memandangkan S63 Coupe ini adalah kereta prestasi, terdapat dua pilihan untuk sistem brek, iaitu 6-piston aluminium caliper di hadapan dan 'single-piston' floating caliper di belakang atau sistem brek AMG seramik. Bunyi ekzos juga diberikan sentuhan bagi memastikan kepuasan pemandu. Sekiranya bunyian ekzos ini tidak diminati, pemandu masih boleh mengubahkan mengikut 'selera' yang diinginkan.  
 

 

4. Mercedes-Maybach S 560 - harga bermula dari RM1.4 juta*


   Enjin - 3982cc, V8 biturbo
   H/P - 469 h/p
   Tork - 700 Nm
   0-100km/j - 4.9 saat
   Kelajuan maksima - 250 km/j
   Penggunaan bahan api - 10.1/100km

 

maybach rear

 

 

Mercedes-Maybach ini merupakan ikon untuk keluarga S-Class ini. Ia katakan sebuah kereta yang majestik serta diperhalusi bukan sekadar pencipta kereta tetapi merupakan pelopor dan pemimpin teknologi untuk kenderaan akan datang. Gril hadapan yang berbeza, serta di bahagian luaran (exterior) terdapat dua warna (two tone) yang boleh dipilih mengikut cita rasa pembeli dengan pilihan warna sebanyak sembilan (9) warna. Bagi kabin dalaman (interior) pula ia didatangkan dengan tempat duduk dari kulit Nappa dengan dua pilihan warna yang digabungkan iaitu coklat/hitam dan beige/hitam.

S 560 ini dikatakan mempunyai kawalan yang terbaik, pemanduan yang dinamik serta sistem gantungan yang diselaraskan dengan 'road surface scan' yang membolehkan bacaan keadaan jalan raya dibuat dan mengurangkan gegaran atau melembutkan sistem gantungan. Selain itu, ia didatangkan dengan sistem audio Burmester serta 'panaromic sliding sunroof' yang boleh diterangkan atau digelapkan mengikut cita rasa tersendiri dan pelbagai ciri-ciri tersendiri yang didatangkan untuk kereta serba mewah ini dan yang pasti memerlukan seorang pemandu peribadi yang berpengalaman.

 

*harga GST sifar dan tidak termasuk insuran

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…