Mercedes-Benz Malaysia lancar Autohaus ke-11 di Setia Alam

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) bersama-sama rakan pengedar Hap Seng Star (HSS) telah melancarkan Autohaus ke-11 iaitu Mercedes-Benz Hap Seng Star Setia Alam Autohaus (HSS Setia Alam).

Menurut CEO dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner berkata, "Dengan pembukaan Mercedes-Benz Hap Seng Star Setia Alam Autohaus ini, kami berusaha untuk memperkembangkan lagi pengalaman pemilikan Mercedes-Benz yang tiada tandingan kepada pasaran Malaysia, khususnya para pelanggan dan peminat kami."

Pusat pameran bertaraf 3S itu dibangunkan dengan jumlah pelaburan bernilai RM294 juta dan dikawal selia oleh 39 orang kakitangan yang berwibawa di dalam pemasaran dan khidmat selepas jualan. 
 


Terletak di Setia Alam, Autohaus ini mampu memberikan khidmat kepada para pelanggan di sekitar Setia Alam, Puncak Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan juga Sekinchan, serta berkeupayaan untuk memberikan khidmat kepada hampir 500 buah kenderaan setiap bulan. 

Di atas kawasan berkeluasan 10,730 kaki persegi, Autohaus Setia Alam ini mempunyai lapan buah ruang servis, enam buah ruang pameran kenderaan, dan juga Star Lounge yang memberikan keselesaan dan keunikan pengalaman kepada para pelanggan.

HSS Setia Alam ini merupakan unit ke-11 yang dilancarkan selepas beberapa buah HSS lain seperti di HSS Kuala Lumpur, HSS Kinrara, HSS Balakong, HSS Jalan Ipoh, HSS Bukit Tinggi Klang, HSS Puchong South, HSS Iskandar Johor, HSS Kota Kinabalu, HSS Kuching dan juga HSS Miri. 

HSS Setia Alam ini terletak di alamat: 

Lot 5, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, 
40170 Shah Alam, Selangor. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu GLA 200 Style, ia didatangkan dengan enjin baharu 1.6…
Berita Domestik
Sama seperti model generasi kedua yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu, Mercedes-Benz B-Class…
Berita Domestik
Mercedes-Benz Financial, sebuah jenama yang bernaung di bawah Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn…