Mercedes-Benz Malaysia lancar 2 SUV AMG Line - GLC 300 Coupe, GLE 450 4MATIC

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kedudukan selaku peneraju SUV kelas premium di Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia membawakan kepada pasaran tempatan dua buah SUV iaitu Mercedes-Benz GLC 300 Coupe AMG Line dan Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line. 

Kedua-dua SUV tersebut diperkenalkan bersempena acara hujung minggu Mercedes-Benz iaitu Festival Hungry For Adventure bertempat di Depot Sentul, baru-baru ini. 
 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi SUV pemasangan tempatan (CKD) GLC 300 Coupe AMG Line dan GLE 450 4MATIC AMG Line. 

 

Mercedes-Benz GLC 300 Coupe AMG Line


Enjin: 2.0L empat silinder sebaris, turbo
Kuasa: 245 hp/370 Nm @ 1,300-4,000 rpm
Transmisi: 9G-Tronic sembilan nisbah kelajuan
Pecutan: 6.5 saat (0-100 km/j)
Laju maksimum: 236 km/j
Luaran: AMG Line, Night Package, Rim aloi AMG 20 inci, lampu LED Multibeam dengan ciri Adaptive Highbeam Assist Plus
Dalaman: AMG Line, upholsteri kulit, kemasan hitam piano/aluminium, pencahayaan lampu suram, sistem kawalan iklim THERMOTRONIC, sistem bunyi keliling Burmester
Keselamatan: kamera 360 darjah, Bantuan Titik Buta, Bantuan Kekal Laluan, Bantuan Brek Aktif, PARKTRONIC, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) 

Harga jualan: RM399,888
Pembiayaan Agility: bermula dari RM3,998 dan datang dengan 2 Pakej Servis Komprehensif. 
 


Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line


Enjin: 3.0L enam silinder sebaris, turbo
Kuasa: 367 hp/500 Nm @ 1,600-4,500 rpm
Transmisi: 9G-Tronic sembilan nisbah kelajuan
Pecutan: 5.7 saat (0-100 km/j)
Laju maksimum: 250 km/j
Luaran: AMG Line, Night Package, Rim aloi AMG 22 inci, lampu LED Multibeam dengan ciri Adaptive Highbeam Assist Plus, running board dengan bantuan cahaya terbina dalam
Dalaman: AMG Line, pakej Acoustic Comfort, bumbung suria panoramik, tempat duduk hadapan dengan pemanas terbina dalam, upholsteri dan stereng balutan kulit Nappa, kawalan iklim THERMOTRONIC, sokongan tulang lumbar, slot USB, sistem bunyi keliling Burmester, sistem pengecasan nirwayar untuk peranti pintar
Keselamatan: kamera 360 darjah, Driving Assistance Package, Active Steering Assist, DISTRONIC PLUS, PARKTRONIC, Amaran Keluar Kenderaan, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), pelindung cahaya matahari bagi penumpang belakang

Harga jualan:

RM633,888 (5 tempat duduk)
RM638,888 (7 tempat duduk)

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…