Mercedes-Benz Malaysia catat prestasi jualan terbaik bagi separuh tahun pertama 2018

oleh SALINA JALIL|
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memaklumkan bahawa pretasi jualan bagi separuh tahun pertama 2018 telah meningkat dan mencatatkan rekod terbaik dalam sejarah sejak penubuhannya di Malaysia.


Timbalan Presiden Pemasaran dan Jualan, Mark Raine berkata bahawa bagi angka jualan yang dicatatkan pada separuh tahun pertama 2018 adalah sebanyak 6,790 unit iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dari jumlah itu, sebanyak 996 unit merupakan kereta kompak yang turut meningkat sebanyak 20 peratus di mana ia terdiri dari model A-Class, B-class, GLA-Class, CLA-Class dan peningkatan sebanyak 18 peratus untuk kereta limosin pemasangan tempatan (CKD) dengan jumlah sebanyak 4,322 unit terjual yang merangkumi model C-Class, E-Class dan S-Class.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam segmen SUV premium pula, peningkatan adalah sebanyak 4 peratus dengan pencapaian sebanyak 1.291 unit dan bagi model dream car jumlah jualan adalah 181 unit, peningkatan sebanyak 1 peratus. Model yang terlaris bagi separuh tahun pertama 2018 adalah dari barisan C-Class iaitu C-200 dan C-300.

Keseluruhan jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.5 peratus dan ini menobatkan MBM terus mengungguli tempat pertama bagi jenama kenderaan premium yang terlaris di Malaysia.

 

c200

 

Pada separuh tahun 2018 ini juga menunjukkan bahawa tempoh yang paling cemerlang dengan angka jualan yang tertinggi adalah pada bulan Jun yang lepas. Faktor utama peningkatan angka jualan tersebut adalah kerana ketiadaan cukai (GST sifar)yang telah menarik minat pembeli. 

Mark juga berkata bahawa MBM tidak mempunyai masalah penghantaran stok kerana kilang pemasangan di Pekan cukup fleksibil untuk membekalkan jumlah yang diperlukan dan mengekalkan tahap kualiti yang optimum sepertimana kehendak MBM.

Model keluaran Mercedes-Benz Malaysia di pasaran tempatan setakat ini adalah 23 jenis model dengan 53 varian. Model terbaharu mereka adalah Mercedes-AMG C43 dan C43 Sedan serta GLC43 yang telah dilancarkan pada bulan April.

Disamping itu MBM juga menyediakan pakej penyelenggaraan perkhidmatan yang dikenali sebagai Compact Maintenance and Agility pakej untuk empat tahun pertama pemilikan dan Pakej Penyelenggaraan StarCare bagi tahun kelima, keenam dan ketujuh pemilikan. Skop pakej ini boleh disesuaikan secara individu bagi memastikan kenderaan pemilik berada pada tahap optimum dan selamat untuk dipandu.

 

President and CEO MBM, Dr Claus Weidner juga berkata terdapat 31 buah pusat servis (pusat perkhidmatan) dimana terdapat 5 buah pusat servis (pusat perkhidmatan) di bahagian body and paint di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan 480 kakitangan terlatih.

 

Dr Claus juga mengumumkan bahawa di Pusat Latihan MBM Akademi, Kelas 13 Mechatronic 2018 dengan seramai 827 pelatih telah menamatkan pengajian dan mendapatkan ijazah dalam Program Latihan Vokasional MBM.  


Pada separuh tahun pertama 2018, rangkaian pusat perkhidmatan MBM  mencatatkan jumlah perkhidmatan sebanyak 71,650 di 31 buah pusat perkhidmatan, peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding tahun lepas.

 

Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) yang baharu meraikan ulangtahun ke lima tahun turut menyediakan perkhidmatan pembiayaan dan insurans yang bersesuaian mengikut bajet pembeli dengan melancarkan Program Drive 360 di mana ia menggabungkan pembiayaan Agility, perkhidmatan pakej servis dan insurans dalam satu pembayaran ansuran bulanan mudah. Ia merangkumi empat dari sepuluh model Mercedes yang dijual di Malaysia. 


 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…