Pencapaian luar biasa ini menunjukkan komitmen dan dedikasi Mercedes-Benz Malaysia terhadap kecemerlangan pembuatan dan inovasi dalam industri automotif mewah selain membuktikan bahawa Mercedes-Benz Malaysia akan terus komited untuk membantu meningkatkan ekonomi tempatan dengan usaha pelaburan berterusan melebihi RM500 juta setakat ini di kilang pemasangannya di Pekan, Pahang.
Hal ini akan mengukuhkan kualiti pengeluaran kenderaan tempatan syarikat dan memupuk pertumbuhan jenama automotif yang paling diingini oleh semua orang.
“Mercedes-Benz ialah pengeluar automotif mewah pertama dan satu-satunya yang menguasai proses pengeluaran tempatan di Malaysia. Sejak penubuhannya pada 2004, Kilang Pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap automotif Malaysia. Pencapaian penting tahun ini menyerlahkan perkembangan dan perjalanan yang luar biasa kilang, mengukuhkan komitmen kami untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen kereta mewah.” Kata dari Amanda Zhang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Cars Malaysia & Ketua Wilayah, Mercedes-Benz Cars SEA II.
Mercedes-Benz Malaysia juga turut mencapai kejayaan ke atas permulaan pemasangan tempatan bagi model kereta eletrik EQS 500 4MATIC pada awal tahun ini.
Perkara ini sekali gus mempercepatkan pemacu mobiliti elektrik jenama itu dan membentuk masa depan pembuatan automotifnya, serta hala tuju kilangnya di Malaysia.
Penulis: Firdaus Razani