Mercedes Benz Malaysia bakal lancar sekurang-kurangnya dua EV tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Di peringkat global, Mercedes-Benz sudah pun mempunyai barisan model kereta dan SUV elektrik yang cukup lengkap, bermula dari SUV EQC, EQA dan EQB, van elektrik EQV, diikuti dengan model sedan EQE dan EQS.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dengan kehadiran model-model EV yang disebutkan tadi, bagaimana pula dengan pasaran Malaysia itu sendiri?

Ketika majlis pelancaran sedan C-Class generasi baharu minggu lalu, CEO-nya Sagree Sardien menjelaskan tahun 2022 bakal menjadi tahun yang menarik buat jenama Mercedes-Benz di Malaysia.

Beliau turut mengesahkan sekurang-kurangnya dua buah model EV yang bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia, biarpun tidak mendedahkan model mana yang bakal dibawa masuk kelak.
 

EQ


Selain daripada berita berkenaan pelancaran model EV, Sagree turut menyentuh tentang penawaran fasiliti pengecasan pantas yang bakal didapati di pusat-pusat pengedar Mercedes-Benz di seluruh negara dalam masa terdekat, serta persediaan yang dilakukan oleh Mercedes-Benz menerusi pengedar-pengedarnya dalam usaha untuk menyediakan infrastruktur yang mampu menyokong penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Dalam pada itu, Mercedes-Benz turut mengesahkan sedan C-Class bakal hadir dalam versi pemasangan tempatan (CKD) menjelang separuh kedua tahun 2022.

Tiada sebarang angka rasmi didedahkan berhubung bilangan unit CBU yang dibawa masuk, namun menurut info daripada pengedar, sedan C-Class generasi baharu ini akan menjadi model yang sangat pantas terjual disebabkan bilangan yang dibawa masuk agak terhad.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di acara perlumbaan Suzuka 8 Jam baru-baru ini di Jepun, Kawasaki mengejutkan dunia…
Berita Global
Mengutip info daripada Car 2Day, Nissan dilihat sedang menguji Serena generasi C28 walaupun model…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…