Mercedes-Benz lancar tiga varian E-Class baharu - bermula dari RM330k

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia baharu sahaja melancarkan tiga varian baharu ke dalam barisan penawaran sedan E-Class khusus buat pasaran Malaysia. 

Menurut Mark Raine, Naib Presiden Bahagian Jualan dan Pemasaran MBM berkata, "E-Class merupakan model tunjang utama kepada jenama Mercedes-Benz, dan telah melalui beberapa fasa inovasi bertaraf tinggi demi menyerlahkan lagi imej kemewahan yang dibawakan."

Varian tertinggi E 350 AMG Line kini merupakan peneraju barisan kenderaan E-Class, dan kesemua varian datang dengan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris biturbo yang berbeza output mengikut varian. 
 


Dua buah lagi varian yang menyertai barisan E-Class ialah E 200 SPORTSTYLE Avantgarde dan E 300 Exclusive dan masing-masing dilengkapi dengan ciri Blind Spot Assist dan Lane Tracking Package. 

Tiga varian baharu yang dipasang secara tempatan (CKD) tersebut adalah seperti berikut: 

 

E 350 AMG Line


Enjin: 2.0 liter empat silinder sebaris Biturbo
Kuasa: 299 hp
Daya Kilas: 400 Nm
EQ Boost: 48V (+150 Nm)
Transmisi: 9G-TRONIC
Pecutan: 5.9 saat (0-100 km/j)
Laju Maksimum: 250 km/j

Harga: RM399,888.00

 

E 300 Exclusive

 

 

Enjin: 2.0 liter empat silinder sebaris Biturbo
Kuasa: 258 hp
Daya Kilas: 370 Nm
Transmisi: 9G-TRONIC
Pecutan: 6.2 saat (0-100 km/j)
Laju Maksimum: 250 km/j

Harga: RM379,888.00

 

E 200 SPORTSTYLE Avantgarde


Enjin: 2.0 liter empat silinder sebaris Biturbo
Kuasa: 197 hp
Daya Kilas: 320 Nm
Transmisi: 9G-TRONIC
Pecutan: 7.5 saat (0-100 km/j)
Laju Maksimum: 240 km/j

Harga: RM329,888.00

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang arif, penggunaan nama All-Terrain ini membawa maksud penawaran crossover wagon…
Berita Global
Mercedes-Benz E-Class 2021 sepatutnya dilancarkan secara rasmi pada acara Geneva Motor Show 2020,…
Berita Global
Kempen ini merangkumi E 400 4MATIC, E 450 4MATIC dan Mercedes-AMG E 63 S dimana kesemua model yang…