Mercedes-Benz lancar SUV elektrik di bawah jenama EQ - EQC berkuasa 402 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz telah selesai melancarkan SUV elektrik EQC pada Selasa yang lalu, sekaligus menandakan pengenalan subjenama kenderaan elektrik mereka "EQ" kepada umum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Mercedes-Benz, EQC mempunyai jarak pengoperasian sehingga 321 km dengan sekali pengecasan penuh pada bateri. 

 


Walaupun jarak pengoperasian EQC ini didapati sedikit kurang berbanding pesaingnya iaitu Jaguar I-Pace (386 km) dan Audi e-tron (400 km), ia dibantu dengan sistem pengecasan arus terus yang pantas membolehkan kapasiti bateri mencapai 80% dalam masa hanya 40 minit sahaja. 

SUV ini dijana menggunakan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 402 kuasa kuda dan daya kilas sebesar 766 Nm, membolehkan ia memecut dari pegun sepantas 4.9 saat sebelum mencecah kelajuan 100 km/j.


EQC ini bakal menampilkan sistem operasi pintar MBUX (Mercedes-Benz User Experience) yang terdiri daripada paparan instrumen digital dan skrin sesentuh, dan menurut Mercedes-Benz, sistem ini mampu mempelajari dan memberikan cadangan kepada pemandu berdasarkan input yang diberikan seperti stesen radio pilihan, dan juga destinasi percutian. 

Selain daripada itu, pemandu juga mampu mengawal sejumlah tetapan yang terdapat pada sistem tersebut menerusi kawalan suara. 

SUV elektrik ini bakal dilengkapkan dengan sistem bantuan pemanduan semi-autonomi yang mampu mengawal kelajuan kenderaan ketika kesesakan lalu lintas, memberikan bantuan berhenti ketika situasi mencemaskan dan kawalan stereng. 
 


Produksi EQC akan bermula menjelang tahun 2019 di kilang Bremen, Jerman dan bakal memasuki pasaran seawal tahun 2020. 

Menurut Mercedes-Benz lagi, mereka kini dalam perancangan untuk menghasilkan sedan berkuasa elektrik di bawah subjenama yang sama melibatkan pelaburan berjumlah $11 billion. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…