Mercedes-Benz lancar model prestasi mewah pemasangan pertama di Malaysia - Mercedes-AMG C 43 dan GLC 43

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran model pemasangan tempatan, iaitu Mercedes-AMG C 43 dan GLC 43 sebentar tadi.

Kedua-dua model itu juga secara rasmi menjadi model prestasi mewah pemasangan tempatan yang pertama di Malaysia.

Menurut Mark Raine, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia: "dengan pelancaran kedua model ini (C 43 dan GLC 43), kami merancang untuk menambah lagi barisan model yang dipasang di Pekan, Pahang."

"Dengan kuasa, dinamik pengendalian, rekaan yang agresif, dan kemewahan yang ditawarkan, pasangan AMG 43 ini bakal menjadi sesuatu yang sukar ditolak oleh pemandu Mercedes-AMG," tambah beliau.

Berikut merupakan perincian kedua-dua model AMG 43 yang terbaharu.


Mercedes-AMG C 43 4MATIC

 

  • Enjin biturbo 4MATIC V6 3.0 liter, menghasilkan 367 hp dan kuasa tork sebanyak 520 Nm
  • transmisi 9G-TRONIC dengan mod pemanduan Sport, Sport Plus, Eco dan Comfort
  • penggunaan bahan api sekitar 7.8 - 8.0 liter per 100 km
  • pecutan 0-100 km/j dalam 4.7 saat, kelajuan maksimum 250 km/j
  • sistem gantungan standard AMG RIDE CONTROL
  • harga di atas jalan bermula RM408,888 tanpa insurans


SUV Sport: Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC

 

  • Enjin biturbo 4MATIC V6 3.0 liter, menghasilkan 367 hp dan kuasa tork sebanyak 520 Nm
  • -transmisi 9G-TRONIC dengan mod pemanduan Sport, Sport Plus, Eco dan Comfort
  • penggunaan bahan api sekitar 8.3 - 8.7 liter per 100 km
  • pecutan 0-100 km/j dalam 4.9 saat, kelajuan maksimum 250 km/j
  • sistem gantungan udara Air Body Control
  • harga di atas jalan bermula RM468,888 tanpa insurans
     


Mercedes-Benz turut menawarkan pakej Performance Agility Care bagi pembeli model kembar Mercedes-AMG 43. Dengan bayaran bulanan serendah RM4,088 selama tiga tahun, pembeli bakal mendapat faedah daripada Agility Financing serta servis penyelenggaraan berjadual daripada Mercedes-Benz.

Lima pelanggan pertama akan turut menerima pakej hadiah istimewa daripada Mercedes-AMG bernilai RM4,700. 

 


Serentak dengan itu, pihak Mercedes-Benz turut mengumumkan pelantikan pertama Duta AMG di Malaysia.

Pelumba Malaysia, Nabil Jeffri kini secara rasminya menjadi rakyat Malaysia yang pertama dilantik sebagai Duta AMG bagi mewakili pelancaran Mercedes-AMG 43 pemasangan tempatan. 

"Saya berasa teruja berada di belakang stereng Mercedes-AMG C 43. Dengan kesemua kemampuan yang dinamik, kereta ini masih mengekalkan ciri kenderaan mewah yang selesa," kata Nabil.

"Sememangnya wajar mereka menggelarkannya Racetrack Limousine," tambah beliau.


 


Memulakan karier perlumbaan seawal usia 10 tahun, beliau pernah berlumba di dalam siri GP2 dan pernah memenangi tempat kedua di dalam Kejohanan Formula Tiga Jerman, dan pada tahun ini beliau memandu di dalam kejohanan lagenda Le Mans.

Beliau pernah memecahkan rekod sebagai pemandu termuda F1 pada usia 16 tahun dengan memandu kereta Lotus T127.  

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mercedes-AMG GLB 35 ini bakal ditayangkan secara rasmi di acara Frankurt Motor Show bulan hadapan…
Gaya Hidup
Di dalam satu-satu kelas, Mercedes mampu menawarkan beberapa varian seperti sedan dan coupe, dan…
Berita Global
Enjin F1 telah dibuktikan sangat tidak sesuai untuk dimuatkan ke dalam ruang enjin kereta jalanan…