Mercedes-Benz lancar CLS 2022 facelift, serta CLS 53 AMG berkuasa 429 hp/520 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketiga Mercedes-Benz CLS-Class telah pun berada di pasaran sejak tahun 2018, dan kini Mercedes-Benz menghadirkan versi facelift kepada sedan coupe empat pintu itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, Mercedes-Benz CLS facelift ini membawakan rekaan gril yang disemak semula, bampar hadapan yang lebih sporti, rekaan roda aloi yang dikemaskini, serta penawaran warna baharu yang digelar sebagai spectral blue metallic selain daripada warna-warna eksklusif seperti jupiter red, cashmere white magno dan emerald green.

 


Memasuki ruang kabin, CLS facelift ini hanya didatangkan dengan roda stereng rekaan baharu dengan ciri pad penderia dua zon yang mampu mengesan kehadiran tangan.

Ciri tersebut amat berguna apabila pemandu menggunakan teknologi bantuan pemanduan semi-autonomi di atas jalan raya.

Selain daripada itu, terdapat kemasan trim kayu dan kombinasi upholsteri warna neva grey/magma grey atau sienna brown/black, serta penawaran kulit designo nappa dua tona seperti classic red/black, saddle brown/black, tartufo brown/black, deep white/black dan yatch blue/black.

 


CLS 350 2022 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder sebarus yang menghasilkan 295 hp dan 400 Nm, sementara CLS 450 4MATIC pula didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang menghasilkan 325 hp dan 500 Nm.

Bagi mereka yang mahukan sentuhan AMG, terdapat Mercedes-AMG CLS 53 4MATIC+ yang didatangkan dengan enjin inline-6, serta talaan kuasa 429 hp dan 520 Nm, sistem pacuan semua roda dan transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.

 


Mercedes-AMG CLS 53 4MATIC+ juga turut mendapat bantuan integrated starter-generator (ISG) yang menambah boost 21 hp dan 250 Nm.

Tetapan ini membenarkan CLS 53 AMG 4MATIC+ ini memecut sepantas 4.5 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.

 


Terdapat versi Limited Edition yang dihadkan kepada 300 orang pembeli sahaja, di mana Mercedes-AMG membawakan kelengkapan standard seperti Night Package dan Night Package II yang terdiri daripada kemasan hitam pada sesetengah tempat, serta AMG Dynamic Plus Package yang menambah angkup brek merah, mod pemanduan Race, dan opsyen Drift.

Ruang kabin pula menerima roda stereng balutan kulit Nappa, kemasan upholsteri dua tona dan trim gentian karbon.

 


CLS facelift ini dijangka mendarat di pasaran Eropah pada tahun ini, manakala pasaran Amerika Syarikat bermula tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…