Mercedes-Benz kekal kedudukan teratas sebagai jenama gaya hidup mewah

oleh SALINA JALIL|
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan bahawa prestasi suku ketiga (Q3) bagi tahun 2018 ini telah menyaksikan rekod yang amat memberangsangkan dengan angka jumlah sebanyak 10,143 unit kenderaan telah dijual setakat ini.

MBM turut mencatatkan perkongsian pasaran sebanyak 2.5 peratus, peningkatan sebanyak dua peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Sekaligus MBM turut mengekalkan kedudukan sebagai jenama gaya hidup mewah dan mendahului pasaran di bawah segmen yang sama di pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mark Raine, Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran MBM berkata bahawa keseluruhan suku ketiga tahun ini, model limosin pemasangan tempatan (CKD) termasuk C-Class, E-Class dan S-Class, telah mencatatkan jualan sebanyak 6,344 unit, peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Bagi jualan model kompak premium seperti A-Class, B-Class, GLA dan CLA pula, ia turut mencatatkan peningkatan sebanyak empat peratus dengan jumlah sebanyak 1,268 unit.

 

Beliau turut berkata bahawa model dari SUV premium turut mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan angka jualan sebanyak 1,960 unit bagi suku ketiga 2018. 

 

Tambah beliau lagi MBM memperakui keghairahan rakyat Malaysia terhadap jentera berprestasi tinggi, apabila barisan model prestasi MBM berjaya terjual sebanyak 479 unit, manakala 570 unit pula untuk barisan Dream Cars dengan peningkatan sebanyak 40 peratus dan beliau juga tidak menafikan bahawa faktor sifar peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sepanjang Mei hingga 31 Ogos lalu telah banyak mendorong peningkatan jualan model Mercedes-Benz di Malaysia.

 

Dalam peringkat suku ketiga 2018, MBM telah pun melancarkan beberapa model baharu yang dipertingkatkan. Ini termasuklah E-Class Cabriolet A238, S-Class, E200, E250, E 300 AMG Line W213, Maybach S 560 dan 650, AMG S 63 Coupe, S 560 Cabriolet, CLS 450 dan AMG GT C dan beberapa lagi model lain.

 

MBM turut memaklumkan bahawa dalam suku keempat 2018, akan ada beberapa model baharu yang dipertingkatkan akan turut dilancarkan, satu model kompak, satu model limosin, tiga model SUV dan satu model Dream Cars.

 

Selain itu, bahagian penyelenggaraan dan servis dari rangkaian pengedar MBM juga turut menunjukan peningkatan sebanyak 16 peratus dan dengan jumlah penyelenggaraan sebanyak 109,927 kenderaan di 31 Pusat Servis di seluruh negara. Angka ini juga telah mencatatkan indeks perkhidmatan pelanggan (CSI) tertinggi di Asia Tenggara. 

 

Dari segi pembiayaan kewangan pula, Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM), iaitu cabang pembiayaan MBM, masih meneruskan trajektori pertumbuhannya pada suku tahun 2018 ini, di mana ia mengekalkan portfolio perkhidmatan pembiayaan lebih daripada RM2.5bilion dan akan terus membiayai empat daripada 10 model kereta Mercedes-Benz yang dijual di Malaysia.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner berkata "Mercedes-Benz Malaysia ditubuhkan lebih daripada 15 tahun lalu. Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.8bilion, fokus utama kami adalah untuk terus mengambil pendekatan holistik terhadap kecemerlangan dunia automotif dan memberikan pengalaman melalui strategi pelanggan berpusat kepada pelanggan kami".

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…