Mercedes-Benz jual 2,469 unit kenderaan komersial tahun 2017

oleh Afandi Che Muhamad|
Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) berjaya merekodkan jualan sebanyak 2,469 unit kenderaan komersial sepanjang tahun 2017.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Naib Presiden MBM CV, Albert Yee (gambar) berkata, angka tersebut dicatatkan menerusi penjualan trak FUSO FE71PB (segmen kenderaan ringan), FM65FJ (kenderaan berat) dan Mercedes-Benz Actros 2644LS 6x2 (L-cab). 

“Walaupun jualan keseluruhan industri (TIV) susut 7.9 peratus pada tahun lepas, kenderaan komersial tersebut terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi memberangsangkan lalu.

"Setakat tahun lalu, Mercedes-Benz Actros mencatat jumlah jualan kukuh sebanyak 268 unit sekali gus mengekalkan pertumbuhan dua angka sebanyak 24.1 peratus. Sementara, trak FUSO pula 2,170 unit," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, MBM CV turut berjaya mencatatkan penembusan pasaran sebanyak 13.06 peratus sepanjang tahun lalu.

Kejayaan itu hadir menerusi kontrak pengangkutan daripada pengendali kecil dan sederhana baharu.

Harus diketahui, MBM CV telah menyediakan sebanyak 74 kenderaan FUSO kepada pihak KDEB Waste Management Sdn. Bhd. dan 133 unit Mercedes-Benz Actros kepada Swift Haulage Sdn. Bhd. sepanjang tahun lalu.

Jelas Yee, pihaknya lebih memfokuskan kepada solusi selepas jualan sepanjang tahun 2017 bertujuan menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan.

Untuk rekod, truput MBM CV meningkat 7.47 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan servis 26,820 kenderaan merangkumi 4,820 kenderaan komersial Mercedes-Benz dan 22,000 trak FUSO.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, inisiatif pelancaran fasiliti yang menelan belanja hampir RM1.1 juta itu dilakukan…
Berita Domestik
Menurut Naib Presiden Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Malaysia, Albert Yee, Pusat Kenderaan…