Mercedes-Benz jenama mewah nombor satu di Malaysia tahun 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019 menyaksikan Mercedes-Benz Malaysia mengekalkan kedudukan teratas di dalam segmen kenderaan premium dengan jumlah jualan sebanyak 10,020 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sekaligus merangkumi 1.8 peratus pegangan pasaran kenderaan penumpang tempatan. 

Menurut Dr. Claus Weidner, CEO dan Presiden MBM berkata, "Tahun 2019 merupakan tahun di mana kami memperkembangkan lagi produk kami dengan teknlogi yang inovatif dan rekaan beremosi untuk menarik minat pelanggan. 

"Kami juga menyambut ulang tahun yang ke-15 produksi kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia dengan 100,000 unit kenderaan dipasang di kilang Pekan, serta memulakan inisiatif eksport ke Filipina. 

Sehingga kini, kilang pemasangan Mercedes-Benz di Pekan menghasilkan lima model utama (C-Class, E-Class, S-Class, GLC dan GLC Coupe) dengan 13 varian termasuk dua model berprestasi tinggi C 43 dan GLC 43. 
 


Selain daripada itu, Mercedes-Benz turut menaik taraf beberapa buah pengedar sedia ada bagi memberikan pengalaman pemilikan dan khidmat selepas jualan yang lebih baik. 

Sepanjang tempoh tahun 2019, lima daripada 10 unit kenderaan Mercedes-Benz telah dibiayai menerusi perkhidmatan pembiayaan Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM).

Untuk tahun 2020 pula, Dr Weidner menyifatkan tahun ini bakal menjadi satu tempoh yang menarik dengan pengenalan model-model baharu dan inovatif yang terkini untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…