Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line - SUV tujuh tempat duduk CKD, bermula dari RM475,501

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi SUV premium pemasangan tempatan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk telah pun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia oleh Mercedes-Benz, iaitu Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 3.0 liter dengan bantuan induksi paksaan turbo menghasilkan 367 kuasa kuda dan 500 Nm, dipadankan dengan transmisi 9G-TRONIC sembilan nisbah kelajuan.

 


Dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC, GLE 450 AMG Line ini mampu memecut sepantas 5.7 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

Selain daripada itu, GLE 450 AMG Line ini turut dilengkapi sistem suspensi udara AIRMATIC dengan sistem peredam dipertingkat ADS secara standard  yang menawarkan keselesaan serta mampu mengubah tetapan berdasarkan kondisi pemanduan, serta kelajuan semasa.

 


Bahagian luaran SUV tujuh tempat duduk ini menampilkan kemasan AMG Line yang menonjolkan karakteristik yang sporti, rim aloi AMG 21 inci, serta dibantu dengan sistem pencahayaan utama LED MULTIBEAM.

Sementara ruang kabin pula menempatkan sistem paparan MBUX (Mercedes-Benz User Experience) NTG 6 yang terdiri daripada dua skrin bersaiz 12.3 inci, sistem bunyi keliling Burmester Surround System, serta sistem pencahayaan ambien 64 warna.

 


GLE 450 4MATIC AMG Line turut didatangkan dengan ciri keselamatan dan bantuan pemanduan terbaik di dalam kelasnya, termasuklah Active Distance DISTRONIC, Bantuan Titik Buta, Bantuan Kekal Laluan Aktif dan sistem kamera keliling 360 darjah.

Harga jualan untuk Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line bermula dari RM475,501 termasuk pengecualian cukai SST, atau bulanan serendah RM3,888 menerusi pelan pembiayaan Step Up Agility Financing Plan.

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…