Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC 2023, nadi 2.0L MHEV, 258 hp, 400 Nm, dari RM429,888

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan ketibaan model generasi baharu SUV kompak mewah GLC-Class 2023 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GLC 2023 hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLC 300 4MATIC, dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris 2.0 liter yang dipadankan dengan sistem hibrid ringan 48 voltan Integrated Starter Generator (ISG) berkuasa 22.8 hp/200 Nm, serta transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.

Secara keseluruhan, GLC 300 4MATIC ini mampu menjana kuasa setinggi 258 hp dan 400 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat dan kelajuan tertinggi 209 km/j.
 

GLC


Berbanding GLC yang terdahulu, GLC-Class generasi baharu membawakan ukuran sepanjang 4,716 mm, lebar 1,890 mm, dengan jarak antara roda kini sepanjang 2,888 mm (+15 mm).

Selain itu, jarak trek roda hadapan bertambah sebanyak 6.09 mm, dan 23.11 mm di bahagian belakang.

Ruang kargo juga meningkat sebanyak 70 liter kepada 620 liter.
 

GLC


Rekaan luaran GLC-Class banyak diinspirasikan daripada model-model Mercedes-Benz masa kini.

Seperti contoh, unit lampu utama DIGITAL LIGHT, struktur jeriji yang sedikit besar, rim aloi AMG 20 inci, serta reka bentuk lampu belakang yang mengikuti rekaan pada model C-Class dan S-Class.

Sama juga halnya dengan ruang kabin, di mana susun atur dan rekaan papan pemuka dilihat seakan unit yang terdapat pada S-Class.
 

GLC


Di hadapan pemandu terdapat skrin kluster digital bersaiz 12.3 inci, diikuti dengan skrin infohibur sebesar 11.9 inci dengan sistem operasi MBUX, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengimbas cap jari, serta pengecasan peranti pintar tanpa wayar.

Selain itu, terdapat juga roda stereng sports balutan kulit nappa, upholsteri kulit ARTICO, alas lantai AMG, sistem kawalan iklim automatik, tirai suria pada tingkap belakang, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi memori.
 

GLC


Secara standard, GLC-Class terbaharu ini didatangkan dengan ciri termasuklah pakej Driving Assistance yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, bantuan stereng aktif, informasi papan tanda, informasi titik buta, ciri Active Park Assist, kamera 360 darjah (dengan ciri bonet telus) dan pakej Guard 360, serta tidak ketinggalan sistem pemantauan tekanan tayar.

Harga jualan Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC di pasaran Malaysia bermula dari RM429,888 atas jalan tanpa insurans, atau bulanan serendah RM3,688 dengan menggunakan skim pembiayaan Step Up Agility+.

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…