Mercedes-Benz GLB bakal hadir ke pasaran Malaysia tahun 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Pertengahan tahun yang lalu, Mercedes-Benz telah pun melancarkan penawaran terbaharu SUV tujuh tempat duduk GLB-Class kepada barisan SUV sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Mercedes-Benz, GLB-Class ini diposisikan sebagai sebuah kereta keluarga kompak global di antara GLA-Class mahupun GLC-Class. 

Di peringkat global, SUV GLB ini ditawarkan dalam tiga varian menarik, iaitu GLB 200 yang menggunakan enjin 1.33 liter daripada Renault (163 PS), diikuti oleh GLB 250 4MATIC dengan nadi 2.0 liter turbo (224 PS).

Manakala varian berprestasi tinggi Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC pula menggunakan enjin baharu 2.0 liter turbo yang mampu menjana 302 hp dan 400 Nm daya kilas dipadankan dengan transmisi DCT lapan kelajuan. 
 


Menariknya, menurut laporan daripada rakan media Paultan, Mercedes-Benz Malaysia telah pun mengesahkan kehadiran SUV tujuh tempat duduk tersebut untuk pasaran Malaysia bermula tahun hadapan.

Mercedes-Benz GLB dibangunkan menggunakan platform MFA2 yang turut sama menghasilkan A-Class, B-Class dan juga CLA-Class generasi baharu.

GLB-Class membawakan dimensi 4,634 mm x 1,834 mm x 1,658 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,829 mm. 

Reka bentuknya yang agak kekotakan itu sedikit lari daripada kebiasaan rekaan tipikal Mercedes-Benz bagi memaksimumkan ruang kabin. 
 


Anda boleh mendapatkan ruang bermula dari 130 liter apabila kesemua kerusi ditegakkan, atau ruang sehingga 570 liter untuk versi dua baris tempat duduk.

Ruang tersebut boleh mencapai kapasiti maksimum 1,805 liter (lima tempat duduk) atau 1,680 liter untuk versi tiga baris tempat duduk. 

Ruang dalaman pula banyak mengambil unsur daripada A-Class terkini seperti penggunaan skrin lebar berkembar, sistem infotaimen MBUX dan pencahayaan kabin suram dengan 64 warna. 
 


Dari segi keselamatan pula, Mercedes-Benz GLB tampil dengan ciri yang dipinjamkan secara terus dari S-Class seperti Bantuan Stereng Aktif, Bantuan Penukaran Laluan Aktif, Bantuan Parkir Aktif PARKTRONIC dan sebagainya. 

Ini bermakna, SUV GLB ini mampu dipandu secara semi-autonomi di dalam sesetengah keadaan yang dibenarkan. 

Untuk menjadikan GLB sebuah SUV yang benar-benar berimejkan kelasakan, ia diberikan cladding plastik hitam di sekeliling, skid plate, serta kehadiran rel bumbung di bahagian atas. 
 


Setakat ini, tidak dapat dipastikan varian manakah yang bakal dibawakan oleh Mercedes-Benz Malaysia, namun ia bakal menjadi satu perkara yang menarik sekiranya MBM membawakan bersama versi berprestasi tinggi AMG GLB 35 yang serba sporti itu. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…