Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition rasmi di Malaysia – Kemasan gelap premium, dari RM258,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan edisi khas terbaharu untuk SUV kompak premium mereka menerusi Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu Mercedes-Benz GLA 200 Nightfall Edition dan Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Nightfall Edition, model pemasangan tempatan (CKD) ini tampil dengan elemen rekaan lebih gelap serta pakej kelengkapan yang dipertingkatkan.

 

2

 

Dari segi prestasi, GLA 200 Nightfall Edition dikuasakan enjin 1.3 liter turbo empat silinder yang menghasilkan 163 HP dan 270 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 8.9 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j. 

Sementara itu, GLA 250 4MATIC Nightfall Edition hadir dengan enjin 2.0 liter turbo yang lebih berkuasa, menjana 224 HP dan 350 Nm, dibantu sistem mild-hybrid 10 kW/150 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam 6.8 saat dan kelajuan maksimum 240 km/j. 

 

3

 

Secara visual, kedua-dua varian menerima AMG Line exterior bersama Night Package yang menampilkan kemasan hitam berkilat pada jeriji, cermin sisi dan beberapa bahagian kecil. 

GLA 200 Nightfall Edition dipadankan dengan rim AMG 5-twin-spoke bersaiz 19 inci, manakala GLA 250 4MATIC Nightfall Edition tampil lebih agresif dengan rim AMG 20 inci serta sistem lampu hadapan MULTIBEAM LED lengkap dengan Adaptive Highbeam Assist dan fungsi ULTRA RANGE untuk pencahayaan lebih pintar.

 

4

 

Masuk ke ruang kabin, kedua-duanya menampilkan AMG Line interior dengan balutan ARTICO man-made leather dan MICROCUT microfibre berwarna hitam bersama jahitan kontras kelabu. 

Ia turut dilengkapi tempat duduk sport, stereng sport multifungsi berbalut kulit nappa, kemasan aluminium light longitudinal-grain serta bumbung fabrik hitam. 

 

5

 

Dari aspek keselesaan, sistem penyaman udara automatik THERMOTRONIC dan Parking Package dengan kamera 360 darjah serta Active Parking Assist menjadi kelengkapan standard.

GLA 200 Nightfall Edition ditawarkan pada harga RM258,888 manakala GLA 250 4MATIC Nightfall Edition berharga RM295,888, atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia dengan cukai jualan 10 peratus. 

 

6

 

Kedua-dua varian ditawarkan dengan pelan pembiayaan Step Up Agility+ oleh Mercedes-Benz Financial dengan ansuran bulanan bermula RM1,888 bagi GLA 200 dan RM2,488 bagi GLA 250 4MATIC.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model ini menjadi antara produk penting dalam sambutan ulang tahun “140 Years of Innovation”…
Berita Global
Model yang bakal dikenali sebagai C-Class dengan teknologi EQ itu tampil dengan kabin futuristik…
Berita Global
Lebih 25 peratus komponen dalam EQS baharu telah dibangunkan semula atau ditambah baik, termasuk…