Mercedes-Benz GLA-Class versi CKD - dua varian, harga dari RM242,888

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model sedan A-Class CKD, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan model crossover aras mula GLA-Class versi pemasangan tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sama seperti A-Class sedan, Mercedes-Benz menawarkan dua varian untuk crossover GLA, iaitu GLA 200 Progressive Line dan GLA 250 AMG Line, masing-masing dengan enjin 1.33 liter turbo (163 hp/250 Nm) dan enjin 2.0 liter turbo (224 hp/350 Nm).
 

GLA


Versi GLA 200 Progressive Line hadir dengan rim aloi lima jejari berkembar bersaiz 18 inci sementara model GLA 250 AMG Line pula didatangkan dengan rim AMG 5 jejari berkembar bersaiz 19 inci.

Kedua-dua varian hadir dengan kelengkapan seperti lampu LED, rel bumbung aluminium, kemasan Progressive Line atau AMG Line, dan pintu tailgate EASY-PACK.
 

GLA


Unit multimedia pula menggunakan sistem MBUX yang terdiri daripada skrin berkembar, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, Live Traffic Information, dan modul komunikasi LTE untuk perkhidmatan Mercedes me connect.

Ciri keselamatan pula merangkumi Active Brake Assist, Active Parking Assist denga PARKTRONIC, kawalan jelajah, sistem PRE-SAFE, indikasi status tali pinggang belakang, kamera undur, sistem pemantauan tekanan tayar dan sistem pemantauan ruang kabin.
 

GLA


Varian GLA 250 AMG Line pula mendapat tambahan ciri bantuan titik buta.

Harga jualan bermula dari RM232,379.06 untuk GLA 200 Progressive Line, sehingga RM266,164.84 untuk GLA 250 AMG Line.
 

GLA


Menerusi pelan pembiayaan Step Up Agility oleh Mercedes-Benz Financial, anda boleh mendapatkan GLA-Class versi CKD ini pada harga ansuran bulanan serendah RM1,888 atau RM2,288, tertakluk kepada tempoh pinjaman selama lima tahun dan bayaran muka sebanyak 10 peratus.

*Harga termasuk pengecualian cukai SST, tanpa insurans

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…