Mercedes-Benz GLA-Class 2021 dilancarkan - dua varian, bermula dari RM253 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Bagi melengkapkan lagi penawaran SUV sedia ada, Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi sebuah lagi model SUV baharu, merangkap model SUV aras mula iaitu Mercedes-Benz GLA-Class.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam dua varian utama (GLA 200 dan GLA 250 4MATIC), Mercedes-Benz GLA-Class 2021 dibangunkan atas platform yang serupa digunakan pada A-Class, CLA-Class dan GLB-Class.

 


Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, GLA generasi baharu ini memiliki dimensi 4,410 mm panjang, 1,834 mm lebar dan 1,611 mm tinggi bermakna ia lebih pendek, lebih tinggi, dan lebih lebar dengan jarak antara roda juga turut bertambah kepada 2,729 mm.

Ini menjadikan GLA-Class generasi baharu ini mampu menawarkan ruang kabin yang lebih luas, serta ruang kepala, ruang kaki dan ruang kargo yang lebih besar.

 


Reka bentuk luaran GLA-Class kini lebih lembut berbanding dengan generasi terdahulu, dengan rupa hadapan yang lebih sporti dan lampu belakang mengambil inspirasi daripada model A-Class, diikuti dengan pemasangan cladding plastik pada keempat-empat arca roda.

Ruang kabin pula membawakan rekaan yang hampir serupa seperti yang anda lihat pada model A-Class dan SUV GLB-Class, menampilkan skrin berupa iPad berkembar di sebalik roda stereng, corong pendingin hawa dengan rekaan turbin di bahagian tengah, dan sistem kawalan yang terletak di konsol tengah.

 


Peralatan standard yang dibawakan pada GLA 200 adalah rim aloi bersaiz 18 inci, tempat duduk jenis Comfort pelarasan elektrik dengan empat sokongan tulang belakang, roda stereng balutan kulit, kawalan iklim THERMATIC, sistem MBUX yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Manakala varian GLA 250 pula mendapat ciri kemasan luaran AMG Line, rim aloi twin-spoke 19 inci, tempat duduk jenis Sports, roda stereng balutan kulit nappa, paddle shifter bergalvani AMG, kemasan ambang pintu AMG beriluminasi, alas lantai AMG, dan sistem pencahayaan lampu ambien.

Dari segi keselamatan, SUV GLA dilengkapi dengan ciri seperti Active Brake assist, Active Parking Assist, sistem PRE-SAFE, sistem pemantauan tekanan tayar, dan sistem pemantauan kabin, serta tambahan ciri Blind Spot Assist dan Cruise Control untuk varian GLA 250.

 


Unit enjin yang digunakan pada kedua-dua varian juga adalah berbeza, di mana varian GLA 200 menggunakan enjin asas empat silinder sebaris 1.3 liter turbo berkuasa 163 hp dan 250 Nm yang dipadankan dengan transmisi 7G-DCT dan pecutan 0-100 km/j dalam 8.7 saat.

Manakala varian GLA 250 pula dilengkapi dengan enjin 2.0 liter turbo dengan angka output 224 kuasa kuda dan 350 Nm, sistem transmisi 8G-DCT yang menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan semua roda 4MATIC, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat sahaja.

 


Untuk pasaran Malaysia, harga jualan untuk Mercedes-Benz GLA-Class bermula dari RM252,888.00 atau RM244,199.82 tanpa SST sehingga 31 Disember 2020 untuk GLA 200.

Manakala varian GLA 250 pula dijual pada harga RM295,888.00 atau harga tanpa SST bermula dari RM285,336.66 yang hanya tertakluk sehingga 31 Disember ini.

Menerusi Agility Financing Plan, Mercedes-Benz Financial menawarkan harga ansuran bulanan serendah RM2,388 (GLA 200) sehingga RM2,788 (GLA 250 4MATIC) berdasarkan kiraan bayaran muka 20 peratus dan tempoh sehingga lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…