Mercedes-Benz GLA 2021 rasmi dilancarkan - ruang kabin lebih luas!

oleh Mohamad Hanif|
Hampir enam tahun semenjak generasi pertama GLA-Class menjenguk pasaran dunia dan terjual lebih daripada satu juta unit, akhirnya tiba giliran generasi kedua GLA-Class menerusi pelancaran rasmi model tersebut pada malam tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangunkan menggunakan platform yang turut menghasilkan A-Class, CLA-Class, GLA-Class kini memiliki dimensi yang sedikit pendek (kurang 152 mm), akan tetapi jarak antara roda telah pun dipanjangkan sebanyak 279 mm berbanding generasi terdahulu. 

Akan tetapi, GLA-Class tampak lebih tinggi dengan kelebihan ukuran 99.1 mm. 


 


Kelebihan tinggi dan jarak antara roda itu tadi menyumbang kepada ruang kabin yang lebih luas di bahagian belakang akan tetapi dengan ruang kepala yang sedikit minimum. 

Tempat duduk baris kedua pula boleh dilipat dengan nisbah 40:20:40 untuk menambahkan lagi ruang meletak barang di bahagian belakang. 
 


Dari segi rekaan papan pemuka, anda boleh mengenal pasti dengan lebih mudah identiti keluarga A-Class yang dibawakan termasuklah reka letak, kehadiran skrin lebar di sebalik stereng, serta ciri pencahayaan ambien. 

Di Eropah, Mercedes-Benz GLA-Class bermula dari varian terendah GLA 200 (khusus untuk pasaran Eropah) yang menerima nadi Renault 1.33 liter berkuasa 161 hp dan 250 Nm, dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan. 

Varian lain yang ditawarkan termasuklah diesel dan juga trenkuasa hibrid yang turut terdapat pada model A250e dan juga B250e. 
 


Mahukan yang lebih berkuasa, sudah tentu model AMG dengan enjin 2.0 liter paling berkuasa di dunia - Mercedes-AMG GLA 45 dan GLA 45 S masing-masing sedia untuk menghamburkan 382 hp/480 Nm dan 416 hp/500 Nm. 

Pasaran Amerika Syarikat pula melangkah terus kepada model GLA 250 yang didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang memacu roda hadapan atau versi pacuan semua roda 4MATIC.  

Kuasa yang dihamburkan dikira pada angka 221 hp dan 350 Nm daya kilas dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar, membolehkan GLA 250 ini memecut sepantas 8.6 saat dari 0-96 km/j. 

Tidak cukup?

 


Anda boleh memilih untuk mendapatkan model GLA yang lebih bertenaga - Mercedes-AMG GLA 35 yang didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo namun dengan angka yang lebih tinggi 302 hp dan 400 Nm. 

Model GLA 35 AMG ini turut dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan, sistem pacuan semua roda, masa pecutan sepantas 5 saat dan kelajuan tertinggi dihadkan pada 250 km/j. 
 


Harga jualan GLA-Class generasi baharu ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi, namun ia akan hadir ke pasaran utama dunia sekitar musim bunga tahun hadapan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…
Berita Global
Mercedes-Benz CL 600    Ketua Reka Bentuk Mercedes-Benz, Bruno Sacco dan kakitangannya…
Berita Global
Walaubagaimanapun, Mercedes mengumumkan untuk kembali pada penghasilan EV sepenuhnya pada awal…