Mercedes-Benz GLA 200 - ini baru Nora Danish!

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Siapa yang tidak kenal akan jenama kereta berbentuk bintang ini sememangnya lahir di zaman batu kerana kereta Mercedes telah wujud berpuluh puluh tahun lamanya. 

Penulis sendiri telah mengenali jenama kereta ini sejak zaman kecil lagi semasa Mercedes 190-E menjadi kegilaan ramai termasuk ayahanda penulis lagi. 

Itulah kereta yang dibeli untuk hadiah pencen semasa tamat tempuh berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Dijaga dan dibelai kereta beliau semacam anak, dimandikan setiap pagi, divakum setiap petang, asal ada bunyian atau deruman yang asing terus kereta akan dihantar ke pusat servis, sampaikan penulis sendiri cemburu tumpuan curahan kasih sayang terhadap kereta beliau 190-E. 

Kini penulis mengerti kenapa ayahanda bersikap demikian dan akan dihuraikan di sini.

gla 16

Model Mercedes GLA 200 sememangnya jauh berbeza dari Mercedes zaman 90'an.  

Kita semua sedia maklum akan teknologi dan peredaran masa telah mengubah bukan sahaja rupabentuk sebuah kereta tetapi setiap perincian juga dititikberatkan agar ia nampak bergaya, mutu dan keunggulan.  

Sekiranya dahulu kita merasakan bahawa jenama Mercedes adalah untuk pakcik-pakcik sahaja tetapi kini tidak lagi kerana pengeluaran model-model terbaharu mereka telah "push the boundaries", istilah Bahasa Inggeris yang bermaksud merangkap jauh ke hadapan dan merangkumi untuk semua generasi, samada sporti atau seksi atau berkeluarga atau untuk prestij.

Untuk sebuah kenderaan crossover, harga GLA 200 adalah RM239,888 tanpa insuran.  

GLA 2

 

Apa yang anda akan beli adalah sebuah kenderaan crossover yang sporti yang mempunyai rim 19-inci, sistem transmisi 7G- DCT dual clutch, pilihan pemanduan mengikut mod yang anda suka samada selesa (Comfort), sporti (Sporty) atau Eco, LED untuk lampu hadapan, push start button, kamera undur dan pelbagai lagi 'mainan' kereta mengikut trend masa kini.  

GLA 12

 

Tapi kenapa perlu berbelanja lebih sedangkan banyak lagi crossover yang lebih murah dari GLA 200 ini? 

Bayangkan sekiranya anda seorang pengarah filem yang mencari seorang heroin untuk memainkan watak puteri Gunung Ledang, seorang yang lemah lembut tetapi tegas, cantik, dan mempunyai ilmu persilatan, begitulah perumpamaan Mercedes GLA 200 ini.

GLA 3

 

Ia sebuah kenderaan kompak yang kecil tetapi padat. Segala punat pengendalian berada di hujung jari anda, segalanya dalam bentuk "sentuhan" menunggu perintah anda.  

Spesifikasi crossover Mercedes GLA ini adalah seperti berikut:

  • Enjin 1.6-liter twin turbo 4-silinder menghasilkan 156 hp dan 250 Nm.
  • Transmisi ialah 7G-DCT dengan tujuh kelajuan, pacuan roda hadapan (FWD) sahaja, tidak seperti GLA 250  yang ada sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam 8.9 saat dan halaju maksimum ialah 215 kmsj.
  • Purata penggunaan bahan api (petrol) adalah sebanyak 5.9 liter setiap 100 km (seperti didakwa oleh Mercedes-Benz)
GLA 5


Bahagian dalaman (interior) seperti yang dinyatakan di awal penulisan, dilengkapi pelbagai 'mainan' untuk menghilangkan kebosanan semasa sangkut didalam keadaan trafik balik kampong dan beberapa ciri keselamatan untuk memastikan kita selamat sampai ke destinasi.

  • Rangkaian Audio 20 CD infotainment dengan Interface Media
  • Thermotronic nama canggih untuk kawalan suhu secara automatik untuk ruang kabin
  • Kamera belakang yang terang seperti berada didalam panggung wayang TGV
GLA 13

 

  • ECO start / stop - takkan guna kunci kan, jatuh martabat jenama bintang ini
  • Kawalan cruise dengan 'speedtronic' speed limiter
  • Tujuh beg udara
  • Active Parking Assist dan banyak lagi
GLA 7

 

Pada pendapat penulis, Mercedes GLA 200 ini sesuai untuk perempuan yang mementingkan imej dan prestij dan memerlukan sebuah kenderaan yang tidak terlalu besar dan mudah dikendalikan.  

Tuil gear yang berada di sebelah kanan kolum stereng (seperti tuil signal, atau seperti tuil gear van Nissan C20) pada mulanya janggal digunakan tetapi selepas setengah jam, langsung tidak teringat akan faktor itu. Memanglah, kerana kita hanya perlu menggunakannya bila memulakan perjalanan dan bila kita henda undur atau berhenti dalam Parking.

GLA 8

 

Ia juga memberikan lebih keluasan pada konsol tengah dan ini praktikal. Melainkan ia sebuah kereta prestasi, penulis tiada masalah dengan tuil gear di kolum.

Selepas lima hari bersama GLA 200 ini, boleh penulis katakan jika GLA 200 diadaptasi kepada manusia, mungkin ia boleh dihuraikan seumpama Nora Danish - cilik dan genit tetapi mantap!

GLA 10
*Gambar oleh Onny Izwan

 

Editor Berita Eropah kami pula, Onny Izwan mempunyai pendapat beliau sendiri akan Nora Danish itu.  

Mercedes-Benz GLA 200 ialah produk yang mempunyai harga yang berpatutan. 

Kapasiti enjin kecil tetapi cukup bertenaga untuk jalan berbukit dan ia mempunyai pengecas bateri yang membantu untuk menjimatkan penggunaan bahanapi (dengan memanjangkan jarak perjalanan).

Ruang dalamnya yang serba gelap memberikan suasana eksklusif, tidak ada apa-apa kekurangan ketara berbanding model lain yang jauh lebih mahal.

GLA 9
*Gambar oleh Onny Izwan

Tempat duduk penumpang dan pemandu yang cukup selesa, malah pada pendapat saya, lebih selesa berbanding dengan model E 200 Avantgarde!

Suspensinya yang tinggi sesuai untuk melalui jalan-jalan yang di naiki air atau berlopak, dan ia masih mampu memberikan keselesaan pada para penumpang. Tahap pengendalian juga memuaskan bagi kereta yang tinggi dan dipasang dengan tayar RFT (Run Flat Tyres).

GLA 11

 

Kuasa enjin dan tenaga tork cukup untuk menaiki jalanraya pergunungan dan ia dibuktikan semasa saya memandu naik ke Genting Highlands untuk secawan kopi di dini hari.

Kerana kedudukannya yang tinggi, mudah untuk memasuk dan mengeluarkan barang atau bagasi.

Dalam ertikata lain, GLA 200 ialah satu option yang baik untuk anda yang bosan dengan bentuk tradisional seperti sedan atau hatchback.

Anda tidak rugi dari segi keselesaan dan pengendalian, malah mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikan ia lebih istimewa.

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…