Mercedes Benz generasi EQ bakal hadir ke Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes Benz memaparkan satu imej acah (teaser) menerusi laman Facebook dan Instagram dengan mesej "#SwitchtoEQ coming soon".

Imej itu diiklankan seminggu selepas pelancaran jenama kenderaan berkuasa elektrik di bawah Mercedes Benz, iaitu EQ.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01




Imej yang memaparkan gambar separuh kenderaan itu sebenarnya telah diedit daripada gambar konsep SUV elektrik sepenuhnya yang diperkenalkan pada tahun 2016 di Paris International Motor Show.
 

Kenderaan konsep ini, menurut Daimler, bakal diproduksikan dan dipasarkan pada tahun 2019.
 

SUV elektrik ini merupakan kenderaan pertama yang bakal dijual di bawah jenama EQ. Sementara itu model hatchback yang lebih kecil dikenali dengan EQA bakal dipasarkan menjelang 2020.
 

Mercedes Benz sedang rancak mempromosikan jenama EQ dengan kesemua penjualan model plug-in hybrid yang kesemuanya memakai lencana EQ Power.
 

Cara penjenaaman ini dikatakan hampir serupa dengan langkah BMW memposisi dan membezakan jenama i dan i Performance bagi model kenderaan elektriknya. 
 

Setakat ini tiada kepastian berkenaan berita ini, akan tetapi ini merupakan satu kemungkinan besar pertama kalinya kenderaan Generation EQ Concept bakal dibawa ke pasaran Asia Pasifik.

Sumber: CarList.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…