Mercedes-Benz eSprinter 2020 - van komersil berkuasa elektrik untuk penghantaran barang jarak dekat

oleh Mohamad Hanif|
Sektor komersil kini turut tidak ketinggalan mengaplikasikan penggunaan kenderaan elektrik sebagai pengangkutan utama pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika syarikat seperti Tesla membangunkan sebuah trak berkuasa elektrik Semi bagi mengangkut barangan untuk perjalanan yang jauh, Mercedes-Benz pula tampil dengan eSprinter, sebuah van komersil berkuasa elektrik. 
 


eSprinter direka untuk pengedaran barang di dalam jarak yang dekat dan sederhana jauh, oleh sebab itu saiz bateri yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz memadai untuk kegunaan seharian syarikat-syarikat pengedaran barang di kawasan bandar-bandar besar. 

Terdapat dua saiz pek bateri; 41 kWh yang memberikan jarak pengoperasian sejauh 115 km dan pek 55 kWh yang memberikan jarak 150 km dengan berat muatan maksimum dihadkan kepada 1,000 kg sahaja. 

Pek bateri 41 kWh tersebut mampu dicas penuh selama enam jam, manakala pek 55 kWh pula mencapai masa pengecasan selama lapan jam. 
 


Mercedes-Benz turut menyertakan peranti pengecasan pantas DC dengan memberikan masa pengecasan sepantas 45 minit untuk mencapai 80% kapasiti bateri. 

Catatan masa 0-100 km/j tidak disertakan kerana van sebegini tidak direka untuk berlumba siapa paling pantas bergerak dari lampu isyarat ke lampu isyarat seterusnya. 

Manakala kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 80 km/j untuk menyimpan tenaga dan memberikan jarak pengoperasian yang lebih jauh. 

Mungkin di atas kertas, ia tidak begitu menarik perhatian, akan tetapi untuk kegunaan syarikat-syarikat seperti UPS, FedEx, dan Poslaju (kalau sampai), pakej yang ditawarkan ini lebih daripada mencukupi untuk tujuan penghantaran barang pada jarak yang dekat dan sederhana jauh. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…