Mercedes-Benz EQS 2027 didedahkan - Platform 800V baharu, jarak gerak 925 km

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz kini memperkenalkan versi facelift bagi EQS untuk tahun model 2027, dan walaupun reka bentuk luar nampak tidak banyak berubah, sedan elektrik mewah itu kini menerima naik taraf besar dari segi teknologi, platform dan kecekapan.

Lebih 25 peratus komponen dalam EQS baharu telah dibangunkan semula atau ditambah baik, termasuk bateri, motor elektrik serta sistem transmisi. 

Kapasiti bateri kini meningkat daripada 118 kWj kepada 122 kWj, digabungkan dengan sistem elektrik 800V (naik daripada 400V sebelum ini), yang membolehkan pengecasan lebih pantas dan efisien.

 

2

 

Mercedes turut memperkenalkan transmisi dua kelajuan pada gandar belakang serta motor elektrik baharu hasil pembangunan dalaman, yang dijangka meningkatkan prestasi dan kecekapan keseluruhan. 

Dari segi jarak pemanduan, varian asas EQS 450+ dikatakan mampu mencapai sekitar 925 km mengikut kitaran WLTP.

Dari segi rekaan, perubahan lebih tertumpu pada bahagian hadapan dengan elemen seperti “powerdome” pada hood, lampu yang diperhalusi serta gril baharu. 

 

4

 

Versi standard tampil dengan gril hitam bercorak bintang bercahaya dan jalur krom lebar, manakala varian AMG Line hadir dengan rekaan lebih sporty termasuk logo Mercedes yang turut menyala.

Masuk ke dalam kabin, EQS masih mengekalkan identiti futuristiknya dengan paparan gergasi MBUX Hyperscreen secara standard. 

 

5

 

Antara teknologi baharu termasuk sistem steer-by-wire dengan stereng jenis yoke, serta tali pinggang keledar dengan fungsi pemanas.

Barisan model untuk 2027 dijangka terdiri daripada varian EQS 450+, EQS 500 4Matic dan EQS 580 4Matic, dengan jualan dijadualkan bermula pada separuh kedua 2026. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model ini menjadi antara produk penting dalam sambutan ulang tahun “140 Years of Innovation”…
Berita Global
Model yang bakal dikenali sebagai C-Class dengan teknologi EQ itu tampil dengan kabin futuristik…
Model Terbaharu
Ditawarkan dalam dua varian iaitu Mercedes-Benz GLA 200 Nightfall Edition dan Mercedes-Benz GLA 250…