Mercedes-Benz EQS 2022 - 516 hp/854 Nm, jarak operasi 771 km!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz baharu sahaja melancarkan model sedan EV pertama mereka, EQS 2022 dan ia juga merupakan salah satu daripada 10 buah model kenderaan elektrik yang bakal dilancarkan oleh pengeluar automotif mewah Jerman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz EQS merupakan alternatif bagi mereka yang mahukan sebuah sedan bertaraf S-Class, namun dengan trenkuasa yang jauh lebih mesra alam.

Namun, ia tidaklah berkongsi platform yang serupa, sebaliknya Mercedes-Benz EQS menggunakan platform dedikasi EV yang tersendiri, di mana ia juga bakal 'melahirkan' beberapa buah model EV seperti contoh EQE pada tahun hadapan.

 


EQS 450 didatangkan dalam konfigurasi motor elektrik tunggal PSM yang mampu menghasilkan 329 kuasa kuda dan daya kilas 568 Nm yang mampu memecut sepantas 6.2 saat dari 0-100 km/j.

Sementara varian EQS 580 4MATIC pula menawarkan konfigurasi motor elektrik berkembar yang berupaya menjana 516 hp dan daya kilas 854 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j yang lebih pantas (4.3 saat)!

Pun begitu, Mercedes-Benz juga sedang membangunkan EQS yang lebih berkuasa (715 kuasa kuda) yang dijangka memakai lencana AMG tidak lama lagi.

 


Untuk menjamin jarak operasi sejauh 771 km, kedua-dua versi EQS dihadkan kelajuan tertinggi pada 209 km/j sahaja, dan ia juga turut dibantu dengan kadar pekali seretan (Cd) serendah 0.20 serta pek bateri generasi baharu berkapasiti 107.8 kWh.

Tidak seperti Taycan yang mampu mencapai kapasiti pengecasan maksimum 350 kW, Mercedes-Benz EQS hanya mampu mencapai keupayaan 200 kW, namun ia sudah cukup membolehkan pemandu menambah jarak 299 km dalam masa 15 minit sahaja.

Mercedes-Benz juga turut melengkapkan sistem navigasi pintar yang akan mengira jarak yang sesuai untuk ke lokasi pusat pengecasan yang lebih pantas tanpa perlu menunggu lama di pusat pengecasan yang memiliki keupayaan yang lebih perlahan.

 


Sebagai alternatif kepada S-Class, Mercedes-Benz EQS turut hadir dengan teknologi yang sama pada 'kembarnya', seperti contoh paparan head-up dengan realiti terimbuh, sistem stereng empat roda, serta teknologi autonomi Drive Pilot yang membenarkan anda mengalihkan tangan daripada roda stereng pada kelajuan sehingga 60 km/j atas kelajuan lebuh raya.

Seperti yang ditunjukkan beberapa minggu yang lalu, Mercedes-Benz EQS tampil dengan sistem paparan gergasi 56 inci yang digelar sebagai Hyperscreen yang memiliki 8 unit pemprosesan (CPU), kapasiti RAM 24 GB dan perisian MBUX terkini.

Namun secara asasnya, EQS didatangkan dengan sistem paparan potret 12.8 inci yang diambil secara terus daripada S-Class.

 


Mercedes-Benz EQS akan mula dijual pada musim luruh ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…