Mercedes-Benz EQC 400 4MATIC 2022 - 408 hp, 760 Nm, harga anggaran dari RM390k

oleh Mohamad Hanif|
Pernah diperlihatkan buat kali pertama sebelum ini, Mercedes-Benz Malaysia akhirnya secara rasmi melancarkan SUV elektrik EQC untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara standard, Mercedes-Benz EQC 400 4MATIC menampilkan kemasan luaran AMG Line, rim AMG aloi ringan bersaiz 20 inci, tempat pemijak sisi ala aluminium, sistem MULTIBEAM LED serta penyeka kaca dengan penderia hujan.
 

EQC


Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan AMG Line, paddle shifter DIRECT SELECT, pakej Interior Light, roda stereng sports balutan kulit Nappa, papan pemuka balutan Nappa, serta upholsteri kulit hitam.

Ciri lain yang dimuatkan termasuklah penggunaan kaca akustik, tempat duduk hadapan boleh laras dengan fungsi memori, sistem kawalan iklim automatik, sistem pencahayaan ambien, alas lantai AMG, alas bumbung fabrik hitam, sistem pengecasan tanpa wayar, sistem multimedia MBUX, sistem bunyi Burmester serta sokongan pengecasan USB dan soket 12 V.
 

EQC


Dari segi kuasa, EQC 400 ini hadir dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 408 hp dan 760 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.1 saat sebelum mencapai kelajuan 180 km/j.

Pek bateri berkapasiti 80 kWh pula membenarkan EQC mencapai jarak pemanduan sejauh 437 km untuk sekali cas penuh mengikut data WLTP.

EQC 400 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW (pengecasan 10-100% 7 jam 30 minit), atau pengecasan pantas DC sehingga 110 kW (10-80% dalam tempoh 40 minit.
 

EQC


Ciri keselamatan untuk model EQC 400 ini termasuklah Active Distance Assist DISTRONiC, sistem PRE-SAFE, Active Steering Assist, Adaptive Highbeam Plus, kamera 360 darjah, Active Parking Assist, sistem pemantauan tekanan tayar, serta beg udara untuk perlindungan lutut.

Harga jualan anggaran EQC 400 4MATIC di Malaysia bermula dari RM390,000.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…