Mercedes-Benz eActros LongHaul - jarak gerak lebih 500 km, pengecasan 20-80 peratus 30 minit

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di IAA Transportation di Hannover, Daimler Truck mengambil kesempatan memperkenalkan model trak tugas berat jarak jauh pertama - Mercedes-Benz eActros LongHaul.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Trak baharu eActros LongHaul itu dilengkapi dengan tiga pek bateri dengan jumlah kapasiti keseluruhan 'melebihi' 600 kWh serta dua motor elektrik yang membentuk gandar elektrik baharu yang mampu menjana kuasa 400 kW (536 hp) secara berterusan dengan puncak kuasa melebihi 600 kW (805 hp).
 

eActrps


Dengan menggunakan stesen pengecasan pantas khas 1MW yang sedang diuji, pek bateri boleh dicas dari 20 hingga 80 peratus dalam tempoh 30 minit sahaja.

Untuk sekali cas penuh, eActros LongHaul ini mampu bergerak sejauh 500 km, dan dengan bantuan eTrailer daripada pihak ketiga (seperti Trailer Dynamics da Krone) jarak gerak eActros ini mapu mencecah lebih 800 km untuk sekali cas penuh.
 

eActros


Pek bateri yang digunakan oleh eActros ini menggunakan teknologi sel lithium-iron phosphate (LFP) dengan tempoh perkhidmatan yang lebih lama dan lebih banyak tenaga yang boleh digunakan.

Malah, syarikat itu turut menjangkakan eActros bertahan untuk tempoh melebihi 10 tahun dengan jarak perbatuan mencecah 1.2 juta km.
 

eActros


Selain daripada trak trailer, Mercedes-Benz Trucks turut menghasilkan eActros LongHaul versi trak rigid, serta varian baharu eActros 300 dengan jarak operasi sejauh hingga 220 km.

Mercedes-Benz eActros akan menjadi trak elektrik pertama yang dipasang di kilang Mercedes-Benz Trucks  Wörth, di mana produksi hanya akan bermula pada tahun 2024.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mercedes-Benz Trucks mengumumkan perancangan untuk melancarkan secara rasmi eActros pada 30 Jun ini…