Mercedes-Benz E-Class Coupe, Cabriolet 2021 rasmi dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperkenalkan sedan E-Class facelift beberapa bulan yang lalu, Mercedes-Benz terus memperkemaskan lagi penawaran E-Class dengan melancarkan model E-Class Coupe dan Cabriolet versi facelift untuk tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang dibawakan pada kedua-dua model Coupe dan Cabriolet E-Class ini adalah front fascia yang diambil secara terus daripada model sedan E-Class yang menampilkan lampu LED standard serta rekaan gril baharu.

 

 


Perubahan tidak dibawakan pada bahagian belakang di mana Mercedes-Benz masih mengekalkan ciri lampu yang sama daripada model yang terdahulu.

Sama seperti mode Mercedes-Benz yang lain, E-Class Coupe dan Cabriolet turut menampilkan penawaran upholsteri, trim, roda stereng serta sistem infotainmen Mercedes-Benz MBUX yang terdiri daripada skrin 12.3 inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

 


Skrin tersebut bersambung dengan sebuah lagi skrin paparan instumen digital yang turut bersaiz 12.3 inci terletak di hadapan pemandu.

Untuk mengawal skrin berkembar tersebut, Mercedes telah menukarkan dial rotari asal kepada kawalan sesentuh terbaharu serta menambah set butang sentuh jenis kapasitif pada roda stereng serta kawalan menerusi panggilan "Hey Mercedes".

 


Ciri keselamatan yang dibawakan turut merangkumi komponen seperti brek kecemasan automatik, bantuan parkir aktif, kamera 360 darjah, serta sistem pemantauan titik buta, manakala ciri lain seperti paparan head-up, serta pakej Bantuan Pemanduan (bantuan kekal laluan, kawalan pelayaran adaptif) boleh didapati dengan kos tambahan.

Sama seperti model sedan, Mercedes-Benz E-Class turut merombak semula penawaran enjin bagi model coupe dan cabriolet, di mana varian E450 kini tidak lagi hadir dengan nadi V6, sebaliknya mendapat enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo dengan EQ Boost.

 


Enjin ini mampu menjana 362 kuasa kuda dan 500 Nm, sementara model E53 AMG pula mendapat enjin yang serupa, namun dengan talaan yang lebih berkuasa (429 kuasa kuda dan 520 Nm).

Enjin baharu ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan yang menyalurkan kuasa kepada roda belakang atau sistem pacuan semua roda 4MATIC.
 

E53 AMG Coupe and Cabriolet


Sementara itu, model berprestasi tinggi AMG E53 Coupe dan Cabriolet pula menerima kemasan kosmetik berupa pemakaian gril Panamericana, set rim bersaiz 19 inci, serta opsyen rim bersaiz 20 inci.

Kedua-dua model AMG E53 kini dilayangkan dengan dua warna baharu iaitu Brilliant Blue Magno dan Graphite Grey Metallic.

Untuk pelanggan yang gemarkan penampilan yang lebih sinis boleh mendapatkan pakej AMG Night Package yang menambah beberapa ciri seperti perumah cermin sisi hitam, elemen trim berwarna hitam, serta tip ekzos krom hitam.

 


Peralatan opsyen untuk AMG Carbon Fiber pula menambah cermin sisi gentian karbon, lip spoiler gentian karbon serta trunk lid daripada gentian karbon.

Selain daripada penawaran sistem infotainmen MBUX, model AMG menerima kemasan yang lebih spesifik seperti tempat duduk balutan kulit palsu MB-Tex dengan jahitan kontras merah, atau opsyen kulit Nappa original yang boleh didapati dalam warna hitam atau Titanium Pearl.

 

 


Seperti yang disebutkan di atas, unit kuasa untuk model AMG E53 ini kekal dengan nadi inline-six 3.0 liter turbo yang menghasilkan 429 kuasa kuda dan 520 Nm, namun khusus untuk model AMG, kuasa tersebut disalurkan kepada semua roda menerusi pacuan 4MATIC.

Apa yang membezakan antara model asas E-Class dan AMG E53 adalah penambahan mod pemanduan Sport Plus yang mampu meningkatkan pecutan dan masa penukaran gear dengan lebih pantas, serta sistem kawalan suspensi udara AMG Ride Control Plus boleh laras yang terdapat dalam tiga mod: Comfort, Sport dan Sport Plus.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penambahan huruf "SUV" di belakang EQE itu adalah untuk membezakannya dengan sebuah lagi model…
Informasi
Sejak diperkenalkan dalam tahun 1946, sebanyak 14 juta unit E-Class terjual di seluruh dunia,…
Berita Global
Contoh yang paling bangang ditunjukkan oleh empat orang wanita yang sanggup menghalang lalu lintas…