Mercedes-Benz E-Class Coupé 2021 - varian tunggal E 300 AMG Line, harga dari RM495 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran model E-Class Coupé secara rasmi ke dalam barisan penawaran model-model kereta impian Mercedes-Benz.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Hanya ada satu varian sahaja ditawarkan, Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupé ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter yang berupaya menghasilkan 258 kuasa kuda dan daya kilas 370 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j boleh diselesaikan dalam masa 6.4 saat sahaja.

Aspek pemanduan dibantu dengan penggunaan transmisi 9G-TRONIC, sistem suspensi AGILITY CONTROL serta pemilihan mod pemanduan DYNAMIC SELECT.
 

E 300 AMG Line Coupe


Dari segi luaran, E 300 AMG Line Coupé ini didatangkan dengan kemasan AMG Line, rim aloi ringan AMG 19 inci, unit lampu utama MULTIBEAM LED dengan ciri Adaptive Highbeam Assist Plus, serta lampu belakang LED jenis two-piece.

Untuk E 300 AMG Line Coupé ini, Mercedes-Benz menawarkan warna Polar White, Obsidian Black, Rubellite Red, Graphite Grey, Mojave Silver, Brilliant Blue, High-tech Silver, Emerald Green, dan Selenite Grey.

Terdapat juga warna Designo Diamond White Bright dan Designo Patagonia Red Metallic yang boleh dipilih dengan penambahan kos.
 

E 300 AMG Line Coupe


Untuk ruang kabin pula, E 300 AMG Line Coupé ini didatangkan dengan bumbung suria panorama, sistem pencahayaan ambien dengan 64 warna, sistem audio keliling Burmester, serta dua unit paparan 12.3 inci yang dikuasakan oleh sistem MBUX generasi terkini.

Pakej Driving Assistance didatangkan sebagai standard merangkumi ciri seperti Active Distance Assist DISTRONIC, Active Steering Assist, Active Brake Assist, Evasive Steering Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Blind Spot Assist dan juga PRE-SAFE Plus.
 

E 300 AMG Line Coupe


Harga jualan E 300 AMG Line Coupé bermula dari RM495,071.47 (termasuk pengecualian SST, tidak termasuk insurans) atau RM4,288 sebulan berdasarkan pelan pembiayaan Step Up Agility Financing Plan yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz Financial.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…
Berita Global
Dari segi penampilan, CLE 53 AMG ini membawakan dimensi fender depan dan belakang yang lebih lebar…
Berita Global
Kerjasama yang terbentuk antara Mercedes-Benz Group China dan BMW Brilliance Automotive itu…