Mercedes-Benz E-Class All-Terrain - 362 hp, 500 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Selain melancarkan versi facelift kepada sedan segmen E-nya, Mercedes-Benz turut memberikan kejutan kepada para peminat wagon sedunia dengan pelancaran Mercedes-Benz E-Class All-Terrain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang arif, penggunaan nama All-Terrain ini membawa maksud penawaran crossover wagon untuk model E-Class dan bakal memberikan saingan secara terus kepada Volvo V90 Cross Country.

 


Selain daripada penambahan komponen cladding plastik, Mercedes-Benz E-Class All-Terrain ini menampilkan Air Body Control - sistem suspensi udara yang diambil secara terus daripada GLE dan GLS. 

Penggunaan tayar jenis all-season pula membaluti set rim bersaiz 19 inci menjadikan ia satu penawaran yang sangat unik dan tidak terdapat pada model Mercedes sebelum ini. 
 


Ruang dalaman pula tidak membawakan perbezaan yang ketara berbanding E-Class standard, dan anda boleh mendapatkan sistem MBUX yang sama lengkap dengan skrin berkembar bersaiz 12.3 inci bertenggek di atas papan pemuka. 

Sistem keselamatan aktif juga turut dibawakan secara terus dari E-Class seperti kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan pemantauan titik buta, dan kamera keliling 360 darjah. 
 


Unit trenkuasa pula menggunakan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris dengan bantuan EQ Boost yang mampu menjana 362 kuasa kuda dan 500 Nm dipadankan dengan sistem transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan. 

Sesuai dengan nama All-Terrain, kuasa itu tadi disalurkan kepada semua roda menerusi sistem pacuan 4Matic. 
 


Seperti kemaskini terhadap E-Class, Mercedes-Benz masih lagi merahsiakan harga jualan bagi E-Class All-Terrain ini. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Proxes Sport 2 merupakan produk tayar berprestasi tinggi yang direka dengan dua ciri terbaharu bagi…
Model Terbaharu
Berbeza daripada C-Class Estate (wagon), C-Class All-Terrain membawakan penambahan jarak kelegaan…