Mercedes-Benz E-Class All-Terrain 2024 - 375 hp, 500 Nm, keupayaan off-road dipertingkat

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz melengkapkan lagi penawaran model E-Class sedia ada dengan kehadiran model E-Class All-Terrain 2024, beberapa bulan selepas model standard Estate dilancarkan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Model crossover wagon ini seperti biasa, disasarkan kepada golongan pelanggan yang 'benci SUV', tapi masih mahukan sebuah kenderaan pacuan semua roda yang tinggi untuk kegunaan off-road ringan.
 

wagon


Dari segi kuasa, wagon tinggi ini dibekalkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 375 hp @ 5,800-6,100 rpm, dan daya kilas 500 Nm yang dibantu dengan sistem hibrid ringan berkuasa 23 hp dan 205 Nm.

Pecutan 0-96 km/j adalah sepantas 4.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 209 km/j.

Berbanding model biasa, wagon All-Terrain ini menampilkan kemasan yang sedikit berbeza, seperti contoh, jeriji hadapan dengan dua bar melintang kemasan Iridium Silver, bampar yang telah disemak semula, serta kehadiran plastik pelindung pada arka roda.
 

wagon


Secara standard, E-Class All-Terrain 2024 didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci, dengan opsyen rim bersaiz 19 dan 20 inci disediakan, diikuti dengan pintu tailgate berkuasa elektrik.

Kelebihan yang ada pada model wagon ini ialah ruang kargo sebesar 614 liter yang boleh dibesarkan sehingga 1,829 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.
 

Wagon


Sistem gantungan E-Class All-Terrain 2024 ini datang standard dengan suspensi udara Airmatic dengan pelarasan redaman berterusan, memastikan jarak lega bumi yang konsisten tanpa mengira muatan.

Dalam mod Comfort, ketinggian wagon ini boleh direndahkan sebanyak 15.24 mm pada kelajuan melebihi 120 km/j.
 

wagon


Untuk ruang kabin, kelengkapan yang wujud adalah hampir sama dengan apa yang ditawarkan pada model sedan dan estate, termasuklah sistem infohibur MBUX Superscreen dan opsyen penambahan skrin untuk penumpang hadapan.

Khusus untuk model All-Terrain ialah mod pemanduan off-road yang boleh memaparkan maklumat terperinci termasuklah kompas, koordinat latitud dan longitud, sudut kenderaan, tekanan tayar dan fungsi hud lutsinar sebagai sebahagian daripada sistem kamera keliling 360 darjah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…
Berita Global
Dari segi penampilan, CLE 53 AMG ini membawakan dimensi fender depan dan belakang yang lebih lebar…
Berita Global
Kerjasama yang terbentuk antara Mercedes-Benz Group China dan BMW Brilliance Automotive itu…