Mercedes-Benz E-Class 2024 didedahkan - Rekaan serba baharu, terima pelbagai naik taraf ciri mewah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz pada Selasa ini telah mendedahkan rupa bagi generasi keenam E-Class 2024 yang direka bentuk semula dengan pelbagai ciri mewah yang dinaik taraf.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Jerman itu berusaha menggabungkan ciri-ciri kemewahan dan keselesaan tradisional nama ikonik itu dengan tahap keupayaan digital yang tinggi.

Ia diserlahkan oleh seni bina elektrik baharu yang mengawal pelbagai fungsi dan akan menyokong kemas kini melalui udara (OTA).

 

2

 

Menurut Mercedes, E-Class baharu memfokuskan pada perisian dan bukannya perkakasan yang dipasang di kabin, dengan potensi untuk menambah fungsi baharu lebih kerap pada masa hadapan.

E-Class baharu kini menerima tambahan 0.9 inci untuk jarak roda menjadikan jumlah sepanjang 116.0 inci, dimana ruang kabin telah bertambah sedikit.

Seiring dengan dengan rupa yang ditemui pada generasi terbaharu C-Class dan S-Class, E-Class buat pertama kalinya menampilkan jeriji sekeliling bercahaya sebagai pilihan tambahan.

 

3

 

Lampu hadapan pula menerima reka bentuk dwi-elemen, manakala lampu belakang pula terserlah dengan rekaan LED berbentuk logo bintang Mercedes.

Pada bahagian dalam, kabin E-Class baharu itu dilengkapi sehingga tiga skrin, bergantung pada spesifikasi.

Pertama ialah skrin instrumen digital 12.8 inci, kedua ialah skrin infotainment 14.4 inci, dan skrin ketiga bersaiz 12.3 inci terletak menghadap penumpang hadapan dan mempunyai ciri kawalan untuk beberapa fungsi kenderaan.

 

4

 

Antara fungsi pada skrin tersebut termasuk pilihan hiburan dan navigasi, dimana kandungan yang ditunjukkan pada skrin dijana oleh sistem pengendalian kenderaan, serta sistem infotainment.

Apa yang menariknya, aplikasi pihak ketiga juga boleh dipasang pada skrin infotainment tersebut, seperti TikTok, Angry Birds, penstriman video Zync dan pelayar web Vivaldi.

Anda juga kini boleh menggunakan aplikasi panggilan video seperti Zoom, terima kasih kepada kamera yang dipasang pada pemuka menghadap pemandu dan penumpang hadapan.

 

5

 

Sebagai keselamatan, kebanyakan fungsi itu hanya beroperasi apabila kereta tidak bergerak, dan skrin yang menghadap penumpang hadapan mempunyai "konsep penapisan" berasaskan kamera yang menghalangnya daripada dipaparkan dalam barisan penglihatan pemandu.

Dari segi kuasa, E-Class 2024 akan tersedia dengan beberapa pilihan enjin termasuk trenkuasa plug-in hybrid mengikut pasaran.

Bermula dari varian paling rendah, E200 petrol menghasilkan 201 HP RWD, manakala E200d diesel menghasilkan 194 HP, dengan pilihan RWD atau pacuan semua roda 4Matic.

 

6

 

Ketiga-tiga pilihan akan mencapai 100 kmj dalam 7.8 saat atau kurang dan kelajuan tertinggi 238 kmj dengan bantuan penjana pemula bersepadu yang outputnya telah ditingkatkan daripada 20 HP kepada 23 HP.

Model plug-in hybrid akan tersedia semasa pelancaran di Eropah, dimana ia dikuasakan enjin 2.0 liter empat silinder petrol dipadankan dengan motor elektrik 127 HP yang membolehkan sehingga 100 km jarak pemanduan elektrik.

 

7

 

Varian E300e dan E300e 4Matic menghasilkan 308 hp, dimana ia mengambil model E200 yang ditambah motor elektrik besar, manakala varian E400e 4Matic menghasilkan 376 hp.

Untuk pasaran US pula, ia terdiri daripada dua pilihan hibrid ringan, iaitu E350 empat silinder menghasilkan 255 HP dan 400 Nm dan E450 enam silinder menghasilkan 375 HP dan 500 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…