Mercedes-Benz E 200 Coupé AMG Line (RM435,888) dan E 300 Coupé AMG Line (RM499,888) dilancarkan di Malaysia

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan model E-Class dua pintu baharu (C238), yang terdiri dari varian E 200 Coupé AMG Line dan E 300 Coupé AMG Line, kedua-duanya dari barisan eksklusif Mercedes-Benz Dream Car Collection. 

 

Ecoupe-1

 

Kedua-dua varian ini datang dengan hiasan khusus AMG Line, yang membawa rupa lebih eksklusif, agresif dan sporty dari biasa. 

 

Ecoupe-2

 

Model E-Class Coupé baharu ini bukan sahaja menampilkan rupa yang lebih mirip dengan model empat pintu E-Class sedan, tetapi ia juga jauh lebih besar dari segi saiznya berbanding model Coupé  generasi sebelum ini. 

 

Ecoupe-3

Ecoupe-4

 

Dari sudut dimensi, ia berukuran 4,826 mm (panjang), 1,860 mm (lebar) dan 1,430 mm (ketinggian), memberikan kelebihan penampilan yang lebih elegan, keluasan ruang dalaman dan juga pengendalian yang lebih dinamik dari model sebelumnya. 

 

Ecoupe-5

Ecoupe-6

Pilihan enjin kedua-dua enjin adalah dari jenis 2.0 liter turbo empat silinder, tetapi berbeza dari segi prestasi dan penjanaan kuasa. 

 

Ecoupe-7

 

Enjin E 200 menjana 184 hp pada 5,500 rpm dan 300 Nm dari 1,200 ke 4,000 rpm, yang membolehkan ia memecut ke 100 km/j dalam 7.8 saat. Enjin E 300 pula menjana 245 hp dan 370 Nm, dan berupaya memecut dalam masa 6.4 saat. Kedua-dua enjin disambung pada kotak gear automatik 9-kelajuan 9G-Tronic.

 

Edition1-coupe

 

Terdapat juga model edisi terhad E 300 Coupé Edition1, yang mempunyai keluaran yang dihadkan pada 555 unit diseluruh dunia. Edition 1 mempunyai hiasan AMG Line serta ‘Night Package’ dengan saiz rim jenis AMG berukuran 20-inci. Harga Edition 1 ialah RM534,888.

 

Ecoupe-10

 

SaveSave

SaveSave

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…